Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Friday, October 04, 2013

Program 1Citizen Faedah Untuk Remaja dan Ibubapa

Program 1Citizen Faedah Untuk Remaja dan Ibubapa


 Gambar Poster Promosi Program 1Citizen, sumber gambar dari website rasmi Program 1Citizen, klik di sini.


Keluarga Bahagia Impian Semu, sumber gambar sila klik clipart di sini.


Sebagai salah seorang peserta 1Citizen, saya dapat melihat betapa postifnya program ini. Alangkah baiknya jika lebih ramai remaja menyertai program ini. Setiap rakyat Malaysia terutamanya remaja perlu mengambil peluang yang ada untuk mendapatkan pendidikan yang disediakan.


 Contohnya, program "1CiTiZEN"  yang  memberikan pengetahuan tentang baik buruknya penggunaan internet terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara. 

Dalam program ini, peserta didedahkan dengan cara  penggunaan internet yang betul, kesan penggunanaan internet dan langkah-langkah  keselamatan dalam menangani bahaya atau ancaman daripada jenayah siber. 




Melalui program 1CITIZEN ini, modul-modul yang disediakan adalah bagi memastikan bahawa anda benar-benar memahami tatacara penggunaan teknologi dgn betul dan beretika

Tanpa  pengetahuan dan ilmu tentang penggunaan internet ini pelbagai masalah akan timbul  seterusnya merugikan negara. 

Kursus ini jika disertai oleh golongan ibubapa akan memberi lebih banyak input kepada ibubapa dalam membimbing anak-anak generasi Y dalam menggunakan internet.


Seharusnya, ibu bapa menjadi kawan rapat kepada anak mereka dan  berkongsi masalah serta memantau pelajaran mereka. Ibu bapa juga harus mengawal  penggunaan internet kerana tanpa pengawasan, ia boleh membinasakan masa depan  anak.

Pastikan anak-anak menggunakan internet untuk tujuan pelajaran dan mencari  sumber-sumber maklumat yang baik kerana laman sosial kini memberi lebih banyakimpak negatif kepada golongan remaja jika tidak dipantau.


 Jadi tidak hairan pelbagai masalah timbul  daripada penggunaannya apabila  didapati kebanyakan ibu bapa membenarkan anak  mereka menggunakan Internet tanpa had dan kawalan.


Kesimpulannya sebagai warganegara Malaysia, kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan baik dari segi diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Tidak kiralah apa jua kerja dan tanggungjawab yang diberi,  laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh tanggungjawab, jujur, cekap, dan berintegriti. 


















0 comments:

Post a Comment