Sumber gambar klik di sini.
Kini penggunaan internet sangat mudah dicapai oleh penduduk Malaysia. Di komputer, di netbook dan juga hand phone android.
Adakah anda mengamalkan penggunaan teknologi secara sebaiknya? Adakah anda menyedari kesan dari pertukaran dan perkongsian maklumat kepada diri anda dan mereka yang lain? Adakah anda mempunyai etika ketika menggunakan teknologi Internet? Adakah anda dilindungi dari virus, spyware, penggodam, kecurian identiti atau lain-lain ancaman ketika berada lama talian?
Dalam melayari internet, keperluan-keperluan yang perlu diketahui adalah amat dimestikan supaya tidak menggunakan saluran internet sebagai tempat mencari perkara-perkara yang tidak berilmu pengetahuan.
Peraturan-peraturan dalam penggunaan internet perlu diperkatakan supaya masyarakat dan para pelajar tidak menggunakan medium internet sebagai tempat pelanggaran harta intelektual dan yang boleh menjejaskan peranan pelajar dan masyarakat.
Dengan pengawalan penggunaan teknologi yang berasaskan internert akan dapat menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang beretika dan berdisiplin dan membentuk masyarakat Malaysia sebahagian daripada masyarakat Madani yang prihatin terhadap etika penggunaan teknologi pada masa kini.
e-Peraturan merupakan salah satu yang terpenting dalam modul1Citizen ini. Ini kerana dengan wujudnya peraturan, semua lapisan masyarakat haruslah mengikutI garis panduan yang telah ditetapkan.
Kejadian kecurian identiti termasuklah penipuan penggunaan kad kredit.
Sumber gambar klik financeonline di sini.
Antara sebab mengapa peraturan haruslah di patuhi dengan sebaiknya adalah kerana kini jenayah siber telah pun berleluasa di mana2 shja. Jenayah siber ini tidak hanya jenayah komputer tetapi juga dari segi digital dan elektronik.
Contoh jenayah siber yang berleluasa kini adalah:
- penipuan perbankan dalam talian
- kekasaran
- pelanggaran harta intelektual
- pencerobohan
Kesan daripad ajenayah siber ni adalah :
- syarikat akan hilang keuntungan
- membazir masa
- mencemar reputasi
- mengurangkan produktiviti
Pengajaran dan Iktibar-
Sebagai pengguna IT, anda perlu tahu beberapa undang-undang siber di negara ini.Dengan memahami kaedah dan peraturan yang ada, semoga anda lebih berhati-hati untuk tidak terlibat atau melibatkan diri dengan apa-apa aktiviti jenayah siber .
0 comments:
Post a Comment