Keistimewaan PayPal Untuk Usahawan Online
Sumber gambar paypal ini dari web cilibangi.com, di sini.
Paypal adalah medium transaksi duit digital yang diperkenalkan syarikat
Ebay(syarikat lelongan terbesar di internet) untuk memudahkan urusan
jual beli di ebay.com. Paypal telah diperkenalkan sejak awal 1998 dan sejak itu ianya menjadi medium transaksi digital terbesar dunia.
Ciri-cirinya yang memudahkan pembeli mengirim dan menerima wang hanya
melalui internet tanpa perlu mendedahkan kad kredit atau kad debit,
menyebabkannya menjadi popular.
Di Malaysia, paypal mulai boleh withdraw duit ke bank tempatan sejak 2009.
PayPal bantu lindungi pedagang
PayPal, peneraju global dalam pembayaran dalam talian, menjangka dapat
membantu pedagang tempatan menjana peluang perniagaan baru daripada
dagangan merentas sempadan dengan pengenalan polisi Perlindungan Penjual
mulai bulan depan.
“Mulai 11 Oktober, kami akan melindungi
pedagang daripada transaksi palsu dan dan kes membabitkan barangan tidak
diterima pembeli,” kata Naib Presiden, Perkhidmatan Pedagang PayPal
bagi Asia Pasifik dan Pengurus Besar Asia Tenggaranya, Lawrence Chan,
pada taklimat media di Petaling Jaya, semalam.
Lapisan keselamatan
Memahami masalah yang dihadapi pedagang itu, PayPal katanya menambah satu lagi lapisan keselamatan membantu pedagang mengurangkan risiko dan meningkatkan jualan.
“Pengenalan polisi baru ini bertujuan membolehkan pedagang mencari peluang pertumbuhan di pasaran baru.
“Kami mahu pedagang di negara ini berkembang dengan membantu mereka mengurangkan risiko yang dikaitkan apabila memasuki pasaran baru merentas sempadan,” katanya.
Perlindungan penjual itu boleh dinikmati pedagang PayPal di Australia, New Zealand, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Polisi perlindungan itu sudah dilancarkan di Amerika Utara dan Eropah sebelum ini.
Lawrence berkata, pengenalan polisi itu di Asia Pasifik berikutan kepesatan perdagangan secara dalam talian di rantau ini.
Beliau berkata, perlindungan penjual itu ditawarkan kepada pedagang layak yang menggunakan PayPal untuk memproses transaksi bagi barangan ketara.
Tiada kos tambahan
Perniagaan dalam talian boleh meraih manfaat program perlindungan itu tanpa dikenakan kos tambahan asalkan mereka memenuhi kriteria ditetapkan, katanya.
Lawrence berkata, di PayPal, pihaknya komited menjadi rakan sebenar kepada pedagang dengan bekerjasama menangani sebarang halangan yang bakal dihadapi apabila berdagang secara dalam talian, daripada aspek logistik, hinggalah kepada perkhidmatan pengguna dan aliran tunai.
“Perlindungan Penjual adalah satu cara kami membantu perniagaan meningkatkan jualan dengan menguruskan risiko yang datang bersamanya.
“Ini akan membolehkan perniagaan dalam talian memanfaatkan peluang perdagangan merentas sempadan bernilai berbilion dolar di ekonomi pesat membangun di Asia ini,” katanya.
PayPal adalah perniagaan e-perdagangan global membolehkan pembayaran dan pemindahan wang dibuat menerusi Internet.
Pemindahan wang dalam talian menjadi alternatif elektronik kepada pembayaran tradisional menggunakan kaedah fizikal, termasuklah cek dan kiriman wang.
Pada 3 Oktober 2002, PayPal menjadi anak syarikat milik penuh eBay dengan ibu pejabat di San Jose, California.
Sumber; Berita Harian, 2013/09/06
0 comments:
Post a Comment