Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Friday, October 04, 2013

Berhati-hati menerima panggilan telefon bank

Berhati-hati menerima panggilan telefon bank




Ketika saya sedang menyiapkan Blog Cakna Cyber, Gunakan Internet dan Teknologi Digital dengan bijaksana, saya terbaca berita di Akhbar Utusan Malaysia hari ini berkaitan wanita yang ditipu sindeket melalui panggilan telefon.



Gara-gara percaya dirinya menjadi buruan pihak berkuasa Hong Kong kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, seorang suri rumah tidak teragak-agak membayar wang lebih RM1 juta untuk membersihkan namanya kepada satu sindiket yang memperdayakannya melalui panggilan telefon.

Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya menjadi warga yang bertanggungjawab  dalam apa jua perlakuan yang kita lakukan.

Pengguna yang menghadapi situasi seperti ini disarankan supaya:


 


  1. Jangan sesekali berikan nombor kad pengenalan dan nombor akaun tanpa bukti yang kukuh daripada pihak ini.
  2. Semak dahulu sama ada nombor yang tertera di telefon bimbit benar- benar daripada bank yang berkenaan. Nombor telefon bank lazimnya boleh disemak di internet.
  3. Elakkan untuk menerima tawaran menerusi telefon. Adalah lebih wajar untuk terus ke cawangan bank bagi mengelakkan masalah seperti penipuan daripada berlaku.
  4. Anda juga boleh menyemak maklumat kredit anda dengan Biro Kredit Bank Negara (Central Credit Reference Information System (CCRIS)). 
  5. Anda boleh menyemak segala maklumat kredit dan juga akaun- akaun bank anda dengan biro kredit ini.
Selain itu, jika anda dikatakan telah disaman kerana tidak membayar ansuran bulanan insurans, anda boleh menyemak status nama anda dgn CCRIS bagi memastikan sama ada saman mahkamah benar- benar telah difailkan atas nama anda.

 Adalah lebih wajar jika pengguna mendapatkan khidmat nasihat atau menyemak nama syarikat yang menawarkan khidmat insurans itu kepada Bank Negara terlebih dahulu supaya pengguna dapat mengelakkan diri mereka daripada ditipu.  


Berdasarkan modus operandi tersebut, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali sebelum membuat semakan yang teliti.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi atau berkunjung ke:

BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)

ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia )
Tel: 1-300-88-9980 









0 comments:

Post a Comment