Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Sunday, October 06, 2013

Kemudahan Di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Lepar Hilir

Kemudahan Di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Lepar Hilir



Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Felda Lepar Hilir 1 adalah untuk kemudahan semua penduduk di Felda Lepar Hilir 1,  Felda Lepar Hilir 2, Felda Lepar Hilir  3,  Felda Lepar Hilir  4,  Felda Lepar Hilir 5, Felda Lepar Hilir 6,  Felda Lepar Hilir  7, Felda Lepar Hilir 8, bahkan jua untuk kawasan berhampiran seperti Pekan Gambang.


Kewujudan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Felda Lepar Hilir 1 memberi kemudahan kepada penduduk, malah mewujudkan komuniti luar bandar yang celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Terdapat beberapa buah  unit komputer disediakan untuk kegunaan pembelajaran dan setiap latihan, aktiviti serta bengkel yang dijalankan diberikan secara percuma kepada peserta berdaftar sebagai ahli PI1M.

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dibuka kepada orang ramai dengan yuran keahlian sebanyak RM5 untuk sepanjang hidup. 

Saturday, October 05, 2013

Kaedah Canggih Forensik Kesan Jenayah Cyber

Kaedah Canggih Forensik Kesan Jenayah Cyber

Terdapat banyak kes jenayah siber yang berlaku di negara ini. Ini belum lagi jenayah siber yang melibat perbankan seperti kad kredit, menggodam laman web (sesawang) atau mewujudkan perang siber. 


Sumber gambar sila klik di sini.


Jika dahulu penjenayah perlu hadir di tempat kejadian tetapi kini penjenayah boleh melakukan jenayah walaupun tidak berada di lokasi. 


Friday, October 04, 2013

Bagi mengelak menjadi mangsa penipuan Internet, anda dinasihatkan:

Tip mengelak menjadi mangsa penipuan Internet


Bagi mengelak menjadi mangsa penipuan Internet, anda dinasihatkan:

1. Amalkan penggunaan Internet yang selamat, lindungi kata laluan dan ­jangan lupa menambah ilmu pengetahuan mengenai Internet


Berhati-hati menerima panggilan telefon bank

Berhati-hati menerima panggilan telefon bank




Ketika saya sedang menyiapkan Blog Cakna Cyber, Gunakan Internet dan Teknologi Digital dengan bijaksana, saya terbaca berita di Akhbar Utusan Malaysia hari ini berkaitan wanita yang ditipu sindeket melalui panggilan telefon.

CARA MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET DENGAN SELAMAT

CARA MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET DENGAN SELAMAT

Print Screen Maybank2u. Sumber gambar; Blog Cakna Cyber  klik di sini.

Contoh url perbankan internet yang menitik beratkan keselamatan. Contoh di atas ialah print screen MAYBANK yang saya lakukan.



Printscreen sebuah bank tempatan. Sumber imej; klik di sini.

Perbankan internet di Malaysia semakin berkembang maju. Sejajar dengan perkembangan teknologi digital, perbankan juga telah mengaplikasikan perbankan di hujung jari anda sahaja.

Anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami terma dan syarat-syarat perkhidmatan sebelum mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan perbankan Internet. 

Anda juga harus berbincang dengan institusi perbankan anda mengenai risiko yang berkaitan dengan perbankan Internet dan memahami tanggungjawab serta hak-hak anda sepenuhnya. 

Berikut ialah tip utama dalam menjalani perbankan ienternet:


Program 1Citizen Faedah Untuk Remaja dan Ibubapa

Program 1Citizen Faedah Untuk Remaja dan Ibubapa


 Gambar Poster Promosi Program 1Citizen, sumber gambar dari website rasmi Program 1Citizen, klik di sini.


Keluarga Bahagia Impian Semu, sumber gambar sila klik clipart di sini.


Sebagai salah seorang peserta 1Citizen, saya dapat melihat betapa postifnya program ini. Alangkah baiknya jika lebih ramai remaja menyertai program ini. Setiap rakyat Malaysia terutamanya remaja perlu mengambil peluang yang ada untuk mendapatkan pendidikan yang disediakan.


 Contohnya, program "1CiTiZEN"  yang  memberikan pengetahuan tentang baik buruknya penggunaan internet terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara. 

Dalam program ini, peserta didedahkan dengan cara  penggunaan internet yang betul, kesan penggunanaan internet dan langkah-langkah  keselamatan dalam menangani bahaya atau ancaman daripada jenayah siber. 


Apakah e-Kebertanggungjawaban Sebagai Nitezen?

Apakah e-Kebertanggungjawaban Sebagai Nitezen?


5 Prinsip Rukun Negara yang perlu dihormati walaupun di alam cyber.
 Sumber gambar sila klik di sini.


 Sumber gambar sila klik di sini.


Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai Prinsip Rukunegara, kita seharusnya menjaga kesopanan dan kesusilaan kita walau di mana kita berada sekalipun ketika kita melayari internet dan menggunakannya.

Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian bertajuk, "Rakyat Malaysia Perlu JadiPerkasa dan Dinamik: Tuanku Abdul Halim‟, Yang di-Pertuan Agong Tuanku AbdulHalim Mu‟adzam Shah telah menekankan tanggungjawab rakyat daripada segipendidikan dan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama.

Oleh itu, dua isu penting yang  berkaitan dengan titah baginda telah dikupas iaitu peranan serta tanggungjawab  warganegara menjaga keselamatan negara  dan tanggungjawab warganegara dalam menuntut dan menyampaikan ilmu. Ini adalah kerana, kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bergantung kepada keamanannegara tersebut

Sebagai pengguna teknologi digital, kita sebagai pengguna intenet wajarlah menjaga tingkah laku dan tutur kata kita semasa mencari maklumat ataupun semasa berkomunikasi di internet. 


Berhati-hati Dengan Pishing Email dan Phone

Berhati-hati Dengan Pishing Email dan Phone



Sumber gambar sila klik di sini.


Pishing email? Apa  tu? Pernahkah anda mendengarnya? Atau anda mengalaminya? Bagi pemilik email pasti anda pernah melalui pengalaman menerima Pishing Email, kan? Cuma adakalanya kita tidak perasan bahawa  itu adalah Pishing Email. Jadi, marilah kita mengenali apa itu Pishing Email.


Contoh  Pishing Email yang diterima oleh admin caknacyber.blogspot.com. Sumber gambar print screen admin caknacyber.blogspot.com


Apakah definisi Phishing ..? Phishing adalah sebuah bentuk kejahatan internet yang menggunakan Email sebagai media penyebarannya .  Phishing merupakan salah satu kaedah (method) bagi hackers untuk menipu dan mengelirukan pengguna Internet bertujuan untuk mendapatkan maklumat sensitif.


Thursday, October 03, 2013

Email Palsu Bank Hati-hati ya

Email Palsu Bank Hati-hati ya



 Sumber kedua-dua  gambar dari blog ini sendiri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Print screen di atas adalah beberapa email palsu yang pernah admin terima. Jadi berhati-hati lah kita ya sebagai pengguna internet.

Wednesday, October 02, 2013

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir 2013

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir 2013



 Kedua-dua gambar adalah milik admin caknacyber.blogspot.com

Kebaikan jalur lebar memberi manfaat kepada saluran Internet yang mampu memperkasakan masyarakat berilmu selain menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication Technologies (ICT) sebagai pemangkin minda negara. Internet menjadi komponen utama dalam kehidupan seharian dan penggunaannya akan bertambah pada masa akan datang. 


Blog Pendidikan Oleh Guru Kurang Upaya Pahang

Blog Pendidikan Oleh Guru Kurang Upaya Pahang


Contoh blog e-pembelajaran halatuju kerjaya dan kaunseling online, print screen blog sila klik di sini

Orang Kelainan Upaya atau Orang Kurang Upaya di Malaysia didapati ada mempunyai blog mereka sendiri. Ini belum lagi groups OKU yang dibangunkan oleh golongan OKU sendiri untuk saling bertukar fikiran, pengalaman dan pandangan. Perkembangan positif ini adalah sejajar dengan e-Akses yang mana kerajaan mahu memberikan peluang yang saksama untuk Golongan Kurang Upaya di penglibatan elektronik di kalangan OKU.

Di sini saya ingin beri contoh beberapa blog yang dibangunkan oleh Golongan Kurang Upaya dari kalangan warga pendidik di Negeri Pahang Darul Makmur. Jika ada pelayar blog saya yang ingin memeberikan maklumat tambahan silakan lah ya.

1) Blog Cikgu Mohd Huzairie.

Contoh blog Tokoh Guru OKU Pahang 2010, print screen blog sila klik di sini

Beliau mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Jabor Kuantan Pahang dari tahun 2002 hingga 2005.Sekarang mengajar di Sekolah Kebangsaan Mempaga 02.Antara kejayaan yang di capai sepanjang menjadi guru ialah Anugerah Khas sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri pada tahun 2005,Anugerah Perkidmatan Cemerlang pada tahun 2008 dan Anugerah Tokoh Guru Inovatif Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009. Blog Cikgu Mohd Huzairie, klik di sini


Teknologi ICT Untuk OKU Penglihatan di Malaysia

Teknologi ICT Untuk OKU Penglihatan di Malaysia





Sumber imej, National Assocatioan Blind People, sila klik di sini.

Pernahkah anda melihat OKU? Pasti anda pernah melihat OKU di sekeliling anda, kan? :).  Ini kerana OKU ada pelbagai kategori. 

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat di negara kita. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

 Dasar Orang Kurang Upaya  Jabatan Kebajikan Malaysia pada bahagian Aksesibiliti ialah untuk Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Orang kurang upaya yang cacat penglihatan kini telah boleh menggunakan komputer dengan bantuan perisian screen reader. Diantara perisan didalam katogeri screen reader yang popular adalah dinamakan JAWS.