Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, September 29, 2013

Petua Penjagaan Ergonomik Menggunakan Komputer

Petua Penjagaan Ergonomik Menggunakan Komputer


Reka bentuk ergonomik yang betul adalah penting untuk mencegah kecederaan dan ketegangan yang berulang, yang boleh jadi setiap masa dan boleh membawa kepada hilang upaya untuk jangka masa panjang. 

Berikut adalah beberapa contoh bagaimana kita boleh menerapkan ergonomik dalam kehidupan kita:

*Laraskan ketinggian permukaan tempat kerja atau meja anda.

*Gunakan kerusi yang direka baik untuk menyokong belakang anda dan boleh dilaraskan ketinggian dan kecongdongannya.


Sindrom Kulit Terbakar Bahana Letak Komputer Riba Atas Peha

Sindrom Kulit Terbakar Bahana Letak Komputer Riba Atas Peha 

 Bahayanya Letak Komputer Riba Atas Peha

Contoh individu yang meletakkan komputer di ribanya. Jangan buat begini demi kesihatan dan keselamatan anda. Sumber gambar sila klik di sini.

Toasted Skin Syndrome. Sumber gambar sila klik di sini.

 Inilah contoh kesan penggunaan yang tidak mengikut kesihatan:

Sumber gambar sila klik di sini.

Seorang budak lelaki 12 tahun telah " sindrom kulit terbakar" pada kaki kirinya selepas menghabiskan banyak masa bermain permainan video dengan komputer riba berehat di kakinya. (Pediatrik / AP / HO)

Saturday, September 28, 2013

3 Tip Mengelakkan Kesakitan Ketika Duduk Lama Menghadap Komputer

3 Tip Mengelakkan Kesakitan Ketika Duduk Lama Menghadap Komputer 

Sakit belakang di pinggang. Sumber gambar; klik di sini.




  1. Lakukan senaman ringkas bagi meregangkan otot-otot badan di ruang kerja kita.
  2. Gunakan teknik Pomodoro 30 minit. 25 minit digunakan untuk fokus melakukan kerja dan 5 minit untuk kita berehat sebentar.
  3. Lihat pemandangan landskap hijau untuk merehatkan mata yang kering akibat mengadap terlalu lama skrin monitor komputer.












e-Penjagaan Pengguna Internet Yang Cakna Kesihatan

e-Penjagaan Pengguna Internet Yang Cakna Kesihatan

Lihat gambar di bawah yang menggambarkan susasana kerja yang ergonomik:-

Sumber gambar klik di sini.


Definisi e- penjagaan dalam modul ini adalah mengenai kebaikan psikologi dan juga fizikal dlm dunia digital. Ini kerana kita sebagai salah seorang pengguna IT yang bijak haruslah berhati-hati dengan pelbagai bahaya yang ada semasa menggunakan teknologi, lebih-lebih lagi kini boleh dianggarkan ramai remaja di luar yang rata-rata nya pandai menggunakan internet tetapi tidak tahu aakn beberapa aspek penting yg perlu dititikberatkan . Betul tak kawan-kawan?

Menerapkan ergonomik dalam kehidupan kita:

Ergonomik diterapkan bagi memenuhi dua matlamat ini

  • kesihatan
  • produktiviti


Antara penjagaan yang perlu diambil perhatian adalah :

  • mengenal pasti ergonomik yang betul. Ergonomik ini bermaksud posisi yang betul semasa kita melayari internet tidak kira membuat kerja @ sebagainya.
  • kenal pasti bahaya yang menanti kita yangg berkaitan dengan penggunaan komputer
  • kenal pasti masalah yang mungkin timbul jika kita menggunakan internet secara lebih masa
  • masalah sosial seperti ketagihan internet
  • cara terbaik jika ingin melupuskan komputer


Antara langkah ergonomik yang disarankan adalah  seperti:
         - mengubah kecerahan di panel monitor ke tahap sederhana

         - pastikan monitor di kedudukan hadapan dengan jarak selesa

         - elakkan terlampau lama memandang skrin. Alihkan pandangan dari skrin selang 5 mnt

         

  Selain itu, sebelum memulakan kerja kita juga disarankan supaya :



          - mengubah kedudukan skrin monitor, tetikus @ lain2 dokumen di tempat paling selesa :)

          - mengubah kedudukan dari segi jarak dan postur. 

            Sebaiknya pastikan jarak antara skrin dan penglihatan adalah 18 hingga 30 inci

          - lengan perlulah berada di kedudukan mendatar &  siku sejajar dgn papan kekunci & tetikus
          - Sekiranya kaki tidak sampai pada lantai di kedudukan anda yang selesa, gunakan tmpt rehat kaki