Contoh blog e-pembelajaran halatuju kerjaya dan kaunseling online, print screen blog sila klik di sini
Orang Kelainan Upaya atau Orang Kurang Upaya di Malaysia didapati ada mempunyai blog mereka sendiri. Ini belum lagi groups OKU yang dibangunkan oleh golongan OKU sendiri untuk saling bertukar fikiran, pengalaman dan pandangan. Perkembangan positif ini adalah sejajar dengan e-Akses yang mana kerajaan mahu memberikan peluang yang saksama untuk Golongan Kurang Upaya di penglibatan elektronik di kalangan OKU.
Di sini saya ingin beri contoh beberapa blog yang dibangunkan oleh Golongan Kurang Upaya dari kalangan warga pendidik di Negeri Pahang Darul Makmur. Jika ada pelayar blog saya yang ingin memeberikan maklumat tambahan silakan lah ya.
1) Blog Cikgu Mohd Huzairie.
Contoh blog Tokoh Guru OKU Pahang 2010, print screen blog sila klik di sini
Beliau mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Jabor Kuantan Pahang dari tahun 2002 hingga 2005.Sekarang mengajar di Sekolah Kebangsaan Mempaga 02.Antara kejayaan yang di capai sepanjang menjadi guru ialah Anugerah Khas sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri pada tahun 2005,Anugerah Perkidmatan Cemerlang pada tahun 2008 dan Anugerah Tokoh Guru Inovatif Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009. Blog Cikgu Mohd Huzairie, klik di sini









