Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Showing posts with label Jenayah Cyber. Show all posts
Showing posts with label Jenayah Cyber. Show all posts

Saturday, October 05, 2013

Kaedah Canggih Forensik Kesan Jenayah Cyber

Kaedah Canggih Forensik Kesan Jenayah Cyber

Terdapat banyak kes jenayah siber yang berlaku di negara ini. Ini belum lagi jenayah siber yang melibat perbankan seperti kad kredit, menggodam laman web (sesawang) atau mewujudkan perang siber. 


Sumber gambar sila klik di sini.


Jika dahulu penjenayah perlu hadir di tempat kejadian tetapi kini penjenayah boleh melakukan jenayah walaupun tidak berada di lokasi. 


Friday, October 04, 2013

CARA MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET DENGAN SELAMAT

CARA MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET DENGAN SELAMAT

Print Screen Maybank2u. Sumber gambar; Blog Cakna Cyber  klik di sini.

Contoh url perbankan internet yang menitik beratkan keselamatan. Contoh di atas ialah print screen MAYBANK yang saya lakukan.



Printscreen sebuah bank tempatan. Sumber imej; klik di sini.

Perbankan internet di Malaysia semakin berkembang maju. Sejajar dengan perkembangan teknologi digital, perbankan juga telah mengaplikasikan perbankan di hujung jari anda sahaja.

Anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami terma dan syarat-syarat perkhidmatan sebelum mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan perbankan Internet. 

Anda juga harus berbincang dengan institusi perbankan anda mengenai risiko yang berkaitan dengan perbankan Internet dan memahami tanggungjawab serta hak-hak anda sepenuhnya. 

Berikut ialah tip utama dalam menjalani perbankan ienternet:


Berhati-hati Dengan Pishing Email dan Phone

Berhati-hati Dengan Pishing Email dan Phone



Sumber gambar sila klik di sini.


Pishing email? Apa  tu? Pernahkah anda mendengarnya? Atau anda mengalaminya? Bagi pemilik email pasti anda pernah melalui pengalaman menerima Pishing Email, kan? Cuma adakalanya kita tidak perasan bahawa  itu adalah Pishing Email. Jadi, marilah kita mengenali apa itu Pishing Email.


Contoh  Pishing Email yang diterima oleh admin caknacyber.blogspot.com. Sumber gambar print screen admin caknacyber.blogspot.com


Apakah definisi Phishing ..? Phishing adalah sebuah bentuk kejahatan internet yang menggunakan Email sebagai media penyebarannya .  Phishing merupakan salah satu kaedah (method) bagi hackers untuk menipu dan mengelirukan pengguna Internet bertujuan untuk mendapatkan maklumat sensitif.


Thursday, October 03, 2013

Email Palsu Bank Hati-hati ya

Email Palsu Bank Hati-hati ya



 Sumber kedua-dua  gambar dari blog ini sendiri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Print screen di atas adalah beberapa email palsu yang pernah admin terima. Jadi berhati-hati lah kita ya sebagai pengguna internet.

Sunday, September 29, 2013

e-Peraturan dalam pengguna internet

e-Peraturan dalam pengguna internet


Sumber gambar klik di sini.



Kini penggunaan internet sangat mudah dicapai oleh penduduk Malaysia. Di komputer, di netbook dan juga hand phone android.

Adakah anda mengamalkan penggunaan teknologi secara sebaiknya? Adakah anda menyedari kesan dari pertukaran dan perkongsian maklumat kepada diri anda dan mereka yang lain? Adakah anda mempunyai etika ketika menggunakan teknologi Internet? Adakah anda dilindungi dari virus, spyware, penggodam, kecurian identiti atau lain-lain ancaman ketika berada lama talian?

Dalam melayari internet, keperluan-keperluan yang perlu diketahui adalah amat dimestikan supaya tidak menggunakan saluran internet sebagai tempat mencari perkara-perkara yang tidak berilmu pengetahuan. 


Jenayah Siber Polis dan Bank Bersatu Tanganinya

Jenayah Siber Polis dan Bank Bersatu Tanganinya



Sumber imej, sila klik di sini.

 Jenayah siber melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada. 

Jenayah siber atau jenayah maya merupakan jenayah yang amat luas bentuknya iaitu meliputi penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian butir-butir peribadi untuk tujuan penipuan pencurian wang, penyebaran fitnah dakyah, propaganda penularan virus. 

CABARAN ERA CYBER SELAMATKAH DATA KITA?

CABARAN ERA CYBER SELAMATKAH DATA KITA?

Sumber gambar sila klik di sini.



SEDARKAH kita kehidupan tanpa maklumat, tanpa berita dan tanpa ilmu pengetahuan boleh menjadikan individu umpama hidup pada zaman batu?.



Frasa ini turut merujuk betapa berharganya maklumat yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia apatah lagi ketika kita menuju ke era globalisasi.



Sejak manusia dilahirkan, segala maklumat seperti tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan tarikh kematian menjadi identiti unik seseorang.



Apabila negara dilanda angin teknologi, apa juga yang membabitkan maklumat orang perseorangan atau syarikat, kini diurus mengikut peredaran teknologi dan bukan lagi tercatat di atas kertas, sebaliknya dalam bentuk digital dalam sistem perkomputeran.



Peralihan teknologi ini banyak memberi kesan positif secara keseluruhannya, namun ada juga negatifnya ke atas perkhidmatan organisasi yang turut memberi impak besar kepada orang ramai.


Dari sudut positif, antaranya pembayaran bil yang biasanya diuruskan di kaunter, kini diselesaikan di Internet tanpa anda perlu keluar dari rumah. Negatifnya pula, anda berhadapan dengan risiko maklumat diri yang terdedah kepada anasir jahat untuk dimanipulasi bagi mendapatkan keuntungan.



Oleh itu, kita juga perlu sangsi dan bersedia dengan perubahan negatif yang terhasil akibat penggunaan tanpa henti dan belum ada perisian keselamatan yang mampu menyekat sepenuhnya kecurian data dan perkongsian maklumat.



Ia turut dikaitkan dengan perkembangan virus, malware, kod berniat jahat (malicious), bot jahat atau pelbagai jenis cecacing yang bertindak menggodam komputer untuk mencuri maklumat. Kehilangan maklumat ini turut dikaitkan sebagai kebocoran data yang tidak diketahui pergerakannya.



Kebocoran atau ketirisan data dirujuk sebagai data atau maklumat yang tidak dapat dilihat kehilangannya sama ada dimiliki oleh organisasi atau individu.



Ia adalah masalah hari ini yang perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana membabitkan kecurian maklumat yang dianggap sebagai hak peribadi individu atau organisasi.



Kajian firma penyelidikan, InfoWatch meliputi negara di Asia Pasifik-Jepun dan Amerika Syarikat, mendapati punca kebocoran maklumat adalah berpunca dari perbuatan sabotaj yang kebanyakannya berpunca dari angkara pihak dalaman.



InfoWatch mengesan 185 kebocoran data didaftarkan dalam pangkalan datanya sepanjang enam bulan pertama 2008.



Kehilangan data peribadi dianggap paling tinggi iaitu 95 peratus berbanding kebocoran data yang membabitkan rahsia komersial dan rahsia kerajaan.



Ketirisan data pada 2008 tidak menampakkan sebarang perubahan berbanding tahun sebelumnya. Kehilangan komputer riba dan PDA berada di tangga teratas iaitu sebanyak 31 peratus berbanding kebocoran data menerusi Internet sebanyak 27 peratus.



Pengarah Kanan Pemasaran Produk Symantec Corporation, Mathew Lodge berkata, berdasarkan Laporan Ancaman Keselamatan Internet Symantec XIII (ISTR XIII) bagi Julai hingga Disember 2007, Malaysia antara negara di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan utama jenayah siber dengan berlakunya aktiviti penyebaran kod malicious berbanding negara lain iaitu sebanyak 68 peratus.



"Aktiviti pengiklanan, penukaran, penjualan dan pembelian maklumat pelayar seperti akaun bank, kad kredit, akaun eBay, PayPal dan kata laluan e-mel adalah tujuan penggodam untuk memecah masuk komputer pelayar dengan menggunakan perisian tertentu. Symantec turut melaporkan 499,811 maklumat dicuri dan dijual ke dalam pasaran gelap," katanya.



Menurut Mathew, terdapat kes pekerja yang mengambil kesempatan dengan mencuri segala maklumat syarikat kemudian menjualkannya kepada syarikat pesaing demi memenuhi keuntungan diri sendiri.



Ia membabitkan agensi kerajaan dan swasta yang tersohor di dunia seperti yang dihadapi oleh bank terkemuka Hong Kong yang berlaku tahun ini, membabitkan sejumlah 159,000 transaksi data pemegang akaun dikatakan hilang daripada sistem pelayan bank dan kes itu masih dalam siasatan.



"Sentiasa ada pembaharuan dalam teknologi yang mengubah cara kita berkomunikasi dengan keluarga, rakan dan rakan perniagaan. Pengalaman atas talian meluaskan pengaruh, interaksi sosial dan kerjasama," katanya.



Menurut Mathew, keselamatan maklumat bukan saja dengan cara memastikan ia terlindung daripada sebarang ancaman atau godaman luar malah turut memastikan maklumat itu tidak dicuri keluar dan disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



"Organisasi perlu sentiasa melindungi dan menghadapi risiko kehilangan maklumat di samping mematuhi peraturan luar syarikat dengan dasar dalaman syarikat," katanya.



Menurutnya lagi, organisasi hari ini perlu memberi perhatian kepada Halangan Kehilangan Data (DLP) menerusi beberapa perkara iaitu perkembangan jaringan jalur lebar; tuntutan terhadap undang-undang negara dan Suruhanjaya keselamatan memerangi jenayah kolar putih.



Kes kecurian dan kehilangan data membabitkan badan kerajaan seperti pencerobohan sistem pangkalan data Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggemparkan negara kerana dilihat sistem keselamatan agensi itu tidak kukuh hingga mampu dicerobohi penggodam.



Segala maklumat peminjam yang keseluruhannya adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), dipadam terus daripada pangkalan data PTPTN.



Malahan sindiket yang didalangi penggodam komputer cuba membuat keuntungan melalui iklan khidmat melupuskan data peminjam dengan mengenakan caj RM2,000 yang didakwa mampu menghapuskan data pinjaman sekali gus membebaskan individu itu daripada membayar balik pinjaman.




Turut dikesan perkara yang serupa, penggodam menceroboh Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikatakan menggunakan 'orang dalam' bertujuan memalsukan geran tanah.



Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Husin Haji Jazri berkata, berdasarkan analisis, kecurian data berlaku kepada organisasi atau individu yang dikenalpasti mempunyai maklumat penting dan kebiasaannya membabitkan ancaman dalaman.



"Dari Januari hingga September 2008, sebanyak 1,346 insiden dilaporkan, termasuk 471 insiden pencerobohan siber dan 55 insiden ancaman godaman (hack threat). Bagi 2007, sejumlah 1,038 insiden siber telah dikendalikan berbanding 1,372 insiden pada tahun 2006," katanya.



"Kebanyakan organisasi tidak mempunyai polisi yang lengkap untuk memelihara maklumat daripada diakses mereka yang tidak diberi kuasa. Oleh itu, organisasi sedemikian dinasihatkan agar mengetat dan meningkatkan kawalan keselamatan pentadbiran dengan menyatukan pentadbiran korporat."



"Setiap organisasi seharusnya memiliki polisi maklumat keselamatan dan mentakrif polisi dokumen. Ia dilakukan bermula dengan penilaian terhadap kandungan maklumat, ancaman dan kemusnahannya di bawah kawalan pengurusan atasan," katanya.



Katanya lagi, kehilangan data boleh berlaku disebabkan beberapa aspek kelemahan iaitu secara teknikal, fizikal dan sosial.



Adalah penting bagi organisasi untuk membangunkan dasar keselamatan maklumat dan disokong oleh prosedur yang bersesuaian.



Berdasarkan kepada standard antarabangsa Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2005, terdapat sekurang-kurangnya dua kawalan yang boleh dilaksanakan untuk mengawal keselamatan maklumat dalam sesebuah organisasi.



i) Klasifikasi maklumat adalah perlu apabila ia perlu dipertingkatkan berdasarkan nilai, keperluan undang-undang, sensitiviti dan kepentingan maklumat tersebut.



ii) Maklumat perlu dilabelkan mengikut klasifikasi yang ditentukan. Seterusnya, pengendalian maklumat secara sistematik harus dilaksanakan.




Sumber;

Sumber : Harian Metro 5 November 2008










Saturday, September 28, 2013

Elak jadi Mangsa Buli Siber

Awasi Anak Elak jadi Mangsa Buli Siber 

Mangsa Buli Siber Terdedah Kepada Pelajar

Sumber gambar sila klik di sini.

Kadang kala bermula dengan 'bertikam lidah' di FB peribadi, boleh melarat pula sehingga ke luar alam cyber. Walaupun ia hanya kes terpencil, namun ia tidak boleh dipandang remeh oleh ibu bapa.

Kemudahan internet secara broaband dan wi fi sepatutnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Namun, godaan di alam cyber sangat mencabar. Oleh itu, pemantauan daripada ibu bapa adalah penting.

Mari kita ikuti laporan Akhbar Utusan Malaysia berkaitan kajian Buli Siber ini.

PELAJAR SASARAN MANGSA BULI SIBER



BERDASARKAN Kajian Tingkah Laku Siber Belia Global yang dikeluarkan Microsoft Corp. mendapati 33 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun di negara ini terdedah kepada pelbagai aktiviti siber termasuk jenayah buli dalam talian.
 
Malah, melalui kajian yang dijalankan bermula 11 Januari hingga 19 Februari lalu di 25 buah negara termasuk Malaysia itu mendapati satu pertiga remaja negara ini pernah menjadi mangsa buli siber.

Dianggarkan 24 peratus kanak-kanak dan remaja yang terlibat dalam tinjauan kajian terbabit mengakui pernah melakukan sesuatu yang dibimbangi oleh ibu bapa termasuk menjadi mangsa buli dalam talian.

e-Keselamatan Untuk Pengguna Internet Malaysia

e-Keselamatan Untuk Pengguna Internet Malaysia


Kecurian identiti pemilik kad kredit adalah contoh kesedaran yang perlu diambil tahu oleh masyarakat. Gambar hiasan daripada sumber di sini.

e- keselamatan ini adalah langkah dan amalan terbaik warga pengguna internet atau  Netizen untuk menjaga keselamatan diri dan rangkaian mereka. Ini kerana internet kini terdapat pelbagai ancaman dan virus. 

Ancaman internet boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Internet boleh merosakkan repputasi dan membentuk ilusi orang yang tidak dikenali sebernnya ialah musuh. Contohnya:
Pencuri Identiti

Perkara yang lazimnya berlaku didalam masyarakat adalah Pencurian Identiti.. Pencurian identiti sebenarnya bukan shaja terjadi di kalangan selebriti, malah ianya terjadi kepada semua orang .. Pencuri identiti ini terbahagi kepada dua jenis , pertama, mencuri identiti untuk menjadi terkenal seperti orang lain.. kedua, mencuri identiti untuk melakukan jenayah.
Phishing E- mel- 
 Sumber gamabr. klik di sini
Pishing merupakan emel yang seakan sama dengan emel dari syarikat yang betul tetapi boleh dibezakan dengan melihat URL nya, bermula dengan "https" ataupon tidak 


Phishing biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website. Phishing adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phishing termasuklah melalui perundangan, latihan kepada pengguna, kesedaran masyarakat, dan langkah-langkah teknikal.
 Hacker dan cracker 
hacker dan cracker- dimana hacker hanya memasuki sistem tanpa pengetahuan tanpa berniat untuk merosakkannya.  Manakala cracker pula memasuki dan merosakkan sistem tanpa pengetahuan pemilik akaun tersebut.

Penghendap siber

Penghendap siber didefinisikan sebagai penggunaan Internet atau saluran elektronik lain untuk menghendap orang lain dengan tujuan jahat sama ada sebagai individu atau organisasi.
Kelakuan ini termasuk tuduhan palsu, memfitnah, mengancam, mengeksploitasi seks, menyalahguna e-mel orang lain, mencuri identiti dan mengumpul maklumat orang lain yang bertujuan mengganggu individu terbabit.



Pembulian siber


Buli siber dapat diterjemahkan sebagai gangguan atau buli yang melibatkan golongan bawah umur menerusi aplikasi alat berteknologi seperti telefon, komputer, dan lain-lain. Buli siber berlaku apabila seseorang individu – biasanya dalam kalangan remaja atau kanak-kanak – dibuli, diganggu, diugut, atau dimalukan dalam internet.


Kita perlu mmengelakkan diri dari melakukan tingkah laku yg tidak beretika seperti memuat turun perisian cetak rompak, mencetak pelbagai fail peribadi,dan lain-lain  yg menyalahi etika dan peraturan kerana kesan yang mungkin timbul adalah pelanggaran keselamatan ataupon ianya meningkatkan cetak rompak.



Selain itu juga, antara keselamatan yang dititikberatkan semasa ingin memadamkan data dari komputer kita secara kekal adalah 

  1. buka komputer@ laptop 
  2. keluarkan pemacu keras
  3. hapuskan pemacu keras








Bahayanya Ancaman penjenayah siber

Bahayanya Ancaman penjenayah siber 

Sumber gambar klik di sini



Sumber gambar:

Sumber; Berita Harian

Dari kiri; Tang Ruxyn, Sheahnee, Nazrudin dan Kent.

'Trend Family' pupuk kesedaran membina komuniti digital selamat, bertanggungjawab
Kemajuan teknologi maklumat adalah pemacu kecemerlangan pada masa depan sekiranya ia digunakan dengan bijak dan betul. Banyak kebaikan dan keburukan daripada penggunaan dalam alam maya itu. 


Bagi yang tidak memahami, kurang pengetahuan dan lalai ketika melayari internet mereka mudah terdedah kepada jenayah siber.

Saya percaya ibu bapa perlu lindungi dan mencegah kanak-kanak daripada penyalahgunaan internet." Nazrudin Habibur Rahman, Personaliti TV

Justeru sebagai langkah membendung sebarang jenayah siber, syarikat perisian keselamatan, Trend Micro Incorporated, melancarkan inisiatif kemasyarakatan keselamatan Internet, - ‘Trend Family’, bertujuan mendidik keluarga, belia dan kanak-kanak di Malaysia untuk melindungi kehidupan digital mereka.

Sejajar dengan agenda kebangsaan untuk mempromosi keselamatan siber dan amalan selamat dalam alam maya, Trend Micro, bekerjasama dengan Cyber Security Malaysia (CSM) dan International Telecommunications Union’s International Multilateral Partnership Against Cyber Threats (ITU-IMPACT) untuk mendekati rakyat mewujudkan pengalaman digital lebih selamat.

Usaha itu turut disertai personaliti televisyen, Nazrudin Habibur Rahman atau Naz bersama isterinya, Sheahnee Iman Lee. Mereka bersama membina ‘Trend Family’ yang turut disertai ‘anak maya’ yang diwakili Kent Tan dan Tang Ruxyn.

Pengarah Urusan Rantau Asia Tenggara Trend Micro, Goh Chee Hoh, berkata rangkaian sosial, kedai aplikasi mudah alih, laman web popular, muat turun permainan dan penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) yang menjadi kegilaan anak muda, menghabiskan masa dalam talian, tidak sepenuhnya bebas daripada jenayah siber.
Katanya penggodam, spam dan pencuri identiti dan pelbagai penjenayah siber lain, dilaporkan semakin mengancam kehidupan digital individu. Dengan peningkatan jumlah pelbagai jenis pautan sekali gus menyebabkan ancaman semakin luas.

“Kita perlu bertindak sekarang dan membina generasi digital yang lebih bertanggungjawab. Kami berharap semua pihak meliputi keluarga, belia dan golongan muda memahami dan sedar mengenai keselamatan siber,” katanya.

Keluarga maya

‘Trend Family’ adalah sebuah keluarga maya terdiri daripada kehidupan sebenar rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman peribadi di siber yang berkongsi panduan mengenai perlindungan kehidupan digital peribadi, ahli keluarga menerusi perkongsian acara dan seminar sama ada dalam bentuk artikel, blog dan media sosial.

Naz, bertindak sebagai ‘bapa’ dalam ‘Trend Family’. Dia akan memberi tumpuan kepada isu perkongsian berhubung keselamatan di internet secara umum dan mendidik orang ramai mengenai kesedaran ancaman dalam bidang digital.

Naz berkata, teknologi maklumat dan internet mengubah cara individu melihat dan berinteraksi antara satu sama lain. Sama ada blog, bilik bual atau media sosial, kadangkala ia menjadi platform atas niat buruk individu tidak bertanggungjawab.

“Sebagai bapa saya percaya anak akan membesar dalam persekitaran digital dan saya percaya ibu bapa perlu melindungi dan mencegah kanak-kanak daripada penyalahgunaan internet. Kesedaran ini perlu wujud dalam diri ibu bapa mengenai bahaya dalam media sosial dan bagaimana kita mengawal serta melindungi dengan cabaran berkenaan,” katanya.

Sheahnee pula mencerminkan tabiat dalam talian wanita di Malaysia. Dia akan mengetengahkan isu berkaitan keselamatan ketika membeli-belah di internet, panduan dan jika menjadi usahawan menerusi perniagaan mereka perlu berhati-hati ketika melakukan urusan dalam talian.

Katanya, sebagai seorang ahli perniagaan yang aktif menjalankan perniagaan dalam talian mustahak mereka mengikuti memahami dan mendapatkan maklumat terkini berhubung dunia digital.

“Amat mustahak peniaga seperti saya mengekalkan kepercayaan dan melindungi portal perniagaan daripada dicerobohi penjenayah siber. Saya memberikan persekitaran dan pengalaman selamat untuk semua pelanggan saya,” katanya.

Turut menyertai Naz dan Sheahnee dalam ‘Trend Family’ ialah ‘anak-anak’ yang diwakili oleh pelajar Institusi Pengajian Tinggi, (IPT) Kent Tan dan Tang Ruxyn, masing-masing 21.

Program yang julung kali diadakan, Trend Micro akan membiayai RM25,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan St John, Kuala Lumpur untuk membantu membaik pulih makmal komputer sekolah berkenaan.

Kerjasama pintar

Kerjasama antara Trend Micro dengan CSM dan ITU-IMPACT sepanjang tahun dalam pelbagai aktiviti untuk mendidik rakyat mengenai penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab menerusi siri ceramah dan perbincangan mengenai jenayah siber pengurangan serta membina generasi digital cermat dalam Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Dr Amirudin Abdul Wahab, berkata ke arah pendigitalan, kesedaran mendalam dan pendidikan generasi masa depan perlu didedahkan kepada isu berkaitan dunia siber.

“Bilangan kes jenayah siber dicatatkan di Malaysia semakin meningkat dan usaha seperti ‘Trend Family’ boleh mengubah senario dan membantu membangunkan generasi pengguna internet selamat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat bagi Dasar dan Kerjasama Antarabangsa di ITU -IMPACT, Philip Victor, berkata pihaknya di ITU-IMPACT sentiasa mencari peluang dan mengalu-alukan organisasi seperti Micro Trend menjayakan program sedemikian.

‘Trend Family’ boleh dilayari di https://www.facebook.com/TrendMicroMY


Sumber; Berita Harian