Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Monday, September 30, 2013

E-mel Palsu Bank Jom Elak jadi mangsa bank palsu

E-mel Palsu Bank Jom Elak jadi mangsa bank palsu

  Sumber gambar sila klik di sini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kita perlulah berhati-hati dengan emel dan SMS yang menyatakan ia dari bank lalu minta kita update data kita segera. Banyak jenayah seperti ini telah berlaku dan kita perlulah ambil iktibar. Mari kita ikuti petikan berita berikut:

Keistimewaan PayPal Untuk Usahawan Online

Keistimewaan PayPal Untuk Usahawan Online

  Sumber gambar paypal ini dari web cilibangi.com, di sini.

 Paypal adalah medium transaksi duit digital yang diperkenalkan syarikat Ebay(syarikat lelongan terbesar di internet) untuk memudahkan urusan jual beli di ebay.com. Paypal telah diperkenalkan sejak awal 1998 dan sejak itu ianya menjadi medium transaksi digital terbesar dunia.

Ciri-cirinya yang memudahkan pembeli mengirim dan menerima wang hanya melalui internet tanpa perlu mendedahkan kad kredit atau kad debit, menyebabkannya menjadi popular.

Di Malaysia, paypal mulai boleh withdraw duit ke bank tempatan sejak 2009.

PayPal bantu lindungi pedagang

Awas Jangan Kongsi Kata Laluan Anda Ia punca utama jenayah siber

Awas Jangan Kongsi Kata Laluan Anda 
Ia punca utama jenayah siber

Aduhai, pernahkah kita berkongsi  nombor pin atau kata laluan apa sahaja akses peribadi kita? So kalau ada sikap sebegini janganlah diamalkan lagi lah ye.

Sikap suka berkongsi nombor pin dan kata laluan bersama pasangan dilihat penyebab utama berlaku jenayah siber membabitkan pemilik kad ATM, telefon bimbit, komputer, e-mel dan laman sosial.

Kebanyakan kes yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membabitkan pasangan suami isteri atau kekasih dan bila hubungan berkenaan berdepan masalah, seorang daripada mereka bertindak di luar batasan untuk membalas dendam.Mari kita ikuti berita di bawah ini:

Kongsi kata laluan punca utama jenayah siber

 Pengerusi CyberSecurity Malaysia & Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Pasukan Respons Kecemasan Komputer Islam (OIC CERT), Jenaral Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berucap pada perbincangan Cybersecurity Asia 2013 di Kuala Lumpur.. - Foto Khairull Azry Bidin

Sunday, September 29, 2013

e-Akses itu apa ye?

e-Akses itu apa ye?


 Sumber gambar sila ke sini.

e-Akses menyentuh tentang memahami keistimewaan menggunakan maklumat elektronik serta hak terhadap akses yang saksama, selamat dan boleh dipercayai Terdapat beberapa cara untuk mengakses internet . Setiap cara mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendir.

 Semakin tinggi dan cepat kita mengakses maklumat, semakin senang mendapat maklumat dan memperlihat betapa majunya negara kita. 

 Di Malaysia terdapat banyak cara kita mengakses internet 

1) Modem

Contoh modem internet. Sumber gambar klik di sini.



e-Peraturan dalam pengguna internet

e-Peraturan dalam pengguna internet


Sumber gambar klik di sini.



Kini penggunaan internet sangat mudah dicapai oleh penduduk Malaysia. Di komputer, di netbook dan juga hand phone android.

Adakah anda mengamalkan penggunaan teknologi secara sebaiknya? Adakah anda menyedari kesan dari pertukaran dan perkongsian maklumat kepada diri anda dan mereka yang lain? Adakah anda mempunyai etika ketika menggunakan teknologi Internet? Adakah anda dilindungi dari virus, spyware, penggodam, kecurian identiti atau lain-lain ancaman ketika berada lama talian?

Dalam melayari internet, keperluan-keperluan yang perlu diketahui adalah amat dimestikan supaya tidak menggunakan saluran internet sebagai tempat mencari perkara-perkara yang tidak berilmu pengetahuan. 


Beli Belah Online 3 Tip Elak Ditipu

Beli Belah Online 3 Tip Elak Ditipu


Sumber gambar sila klik di sini.


Bagi mengelak menjadi mangsa penipuan Jualan online di Internet, anda dinasihatkan:

e- Perusahaan Jual Beli Online

e- Perusahaan Jual Beli Online




Contoh syarikat perniagaan IKS yang menjalankan perniagaan online secara jujur ialah Sahabat Roselle Marketing. Sumber gambar sila klik di sini.

 
Malaysia antara negara yang mempunyai penggunaan internet yang tinggi di ASEAN. Jadi tidak hairanlah apabila perniagaan secara online semakin meningkat dewasa ini.

e- perusahaan dalam modul ini bermaksud perusahaan yang berasaskan perniagaan atas talian/ secara online yg mana melibatkan internet. Ia adalah proses Jual beli melalui internet - e dagang 



e- Interaksi & Kerjasama dalam Dunia Digital

e- Interaksi & Kerjasama  dalam Dunia Digital

Sumber imej dari sini.

e- interaksi & kerjasama meninjau pertukaran dan perkongsian maklumat 

menggunakan sistem atau peralatan digital. Ia termasuklah keperluan sikap 

merendah diri, kesetiaan dan rasa hormat terhadap orang lain apabila 

berkomunikasi. 

 

Peralatan digital boleh memupuk perpaduan jika digunakan dengan betul. 

Dalam sesetengah masyarakat, memajukan pesanan teks dan e-mel tanpa memeriksa 

kesahihan dan asal usulnya tidak dapat diterima dari sudut sosial. 

 

Petua Penjagaan Ergonomik Menggunakan Komputer

Petua Penjagaan Ergonomik Menggunakan Komputer


Reka bentuk ergonomik yang betul adalah penting untuk mencegah kecederaan dan ketegangan yang berulang, yang boleh jadi setiap masa dan boleh membawa kepada hilang upaya untuk jangka masa panjang. 

Berikut adalah beberapa contoh bagaimana kita boleh menerapkan ergonomik dalam kehidupan kita:

*Laraskan ketinggian permukaan tempat kerja atau meja anda.

*Gunakan kerusi yang direka baik untuk menyokong belakang anda dan boleh dilaraskan ketinggian dan kecongdongannya.


Sindrom Kulit Terbakar Bahana Letak Komputer Riba Atas Peha

Sindrom Kulit Terbakar Bahana Letak Komputer Riba Atas Peha 

 Bahayanya Letak Komputer Riba Atas Peha

Contoh individu yang meletakkan komputer di ribanya. Jangan buat begini demi kesihatan dan keselamatan anda. Sumber gambar sila klik di sini.

Toasted Skin Syndrome. Sumber gambar sila klik di sini.

 Inilah contoh kesan penggunaan yang tidak mengikut kesihatan:

Sumber gambar sila klik di sini.

Seorang budak lelaki 12 tahun telah " sindrom kulit terbakar" pada kaki kirinya selepas menghabiskan banyak masa bermain permainan video dengan komputer riba berehat di kakinya. (Pediatrik / AP / HO)

Contoh Portal Pembelajaran Online Guru.Net

Contoh Portal Pembelajaran Online Guru.Net

Sumber gambar sila klik Guru.net.my


Terkini...Bermula 2012,
Membantu Pelajar Mencapai Keputusan Cemerlang Portal Guru.net
Selamat datang ke Guru.net.my 2012! Portal Guru.net dibangunkan dengan satu matlamat untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan. Laman web ini mengaplikasikan teknologi yang terbaik bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan. 

Melalui portal ini, http://guru.net.my/  pelajar boleh mencuba menjawab kertas-kertas peperiksaan seiras, membuat rujukan maya, mengulangkaji menggunakan e-nota dan mempelajari sesuatu menggunakan pembelajaran multimedia. Semuanya boleh dicapai hanya melalui satu portal!




e-Pembelajaran Kaedah Pembelajaran Generasi Y Definisi E-Pembelajaran

e-Pembelajaran Kaedah Pembelajaran Generasi Y

Definisi E-Pembelajaran



 
Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, e-pembelajaran menjadi satu istilah yang popular dan mempunyai pelbagai tafsiran dan persepsi. Namun begitu secara umumnya, e-pembelajaran dapat didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran (Kamaludin Ahmad 2006). 



Secara dasarnya, e-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik termasuklah CD-ROM dan bahan pembelajaran melalui atas talian (online).



E-pembelajaran ini secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-pembelajaran, murid dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik. 


Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.



Selain itu, e-pembelajaran ini juga sangat membantu dalam proses pembentukan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh dasar pendidikan negara kita (dasar e-pembelajaran negara). Oleh itu cara melaksanakan e-pembelajaran yang baik dalam pembelajaran amat digalakkan. 


Pelaksaanan yang berkesan boleh dilakukan seperti yang dicadangkan oleh Rosenberg melalui bukunya yang bertajuk ‘E-learning : Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age’ atau boleh dibaca di laman ini.



Sumber; sila klik di sini








Apa Itu Skype

Apa Itu Skype

Skype satu teknologi perhubungan yang memudahkan ramai manusia.
Sumber gambar klik di sini.


Skype adalah sebuah program komunikasi dengan teknologi P2P ( peer to peer ) . Program ini merupakan program bebas ( boleh dimuat turun secara percuma ) dan dibuat dengan tujuan penyediaan sarana komunikasi suara ( voice ) berkualiti tinggi yang murah berbasiskan internet untuk semua orang di berbagai belahan dunia. 

 Pengguna Skype boleh bercakap dengan pengguna Skype yang lain dengan percuma , menghubungi telefon tradisional dengan kos ( SkypeOut ), menerima panggilan dari telefon tradisional ( SkypeIn ) , dan menerima mesej suara [1]. 



 Teknologi skype dijumpai oleh usahawan Niklas Zennstrom dan Janus Friis , orang yang sama yang mencari Kazaa dan Joost ( P2P untuk televisyen ) .  


Skype lalu bersaing dengan protokol terbuka VoIP yang sedia ada seperti SIP , IAX , dan H.323 . Kumpulan Skype yang dibentuk pada bulan September 2003 lalu dibeli oleh syarikat lelongan internet raksasa di Amerika e -Bay pada bulan September 2005 dan beribu pejabat di Luxembourg , Jerman dengan pejabat- pejabat di London , United Kingdom, Praha , Rusia dan San Jose , California, ASSejak dilancarkan skype telah mengalami pertumbuhan pesat baik dari penggunaannya yang popular maupun pembangunan peranti lunaknya , perkhidmatan yang ditawarkan pun menjadi beragam mulai dari penggunaan percuma maupun berbayar.

Apa Itu e-Celik 1Citizen

Apa Itu e-Celik 1Citizen
 Peluang kerjaya sebagai kakitangan Kerajaan Malaysia.
Sumber gambar sila klik spa.gov.my.
 
Definisi

E-celik ialah keupayaan menggunakan teknologi dan mengetahui bila anda boleh atau tidak boleh menggunakannya dan cara menggunakannya dengan wajar.ia menekankan bagaimana tingkah laku dalam talian boleh memberi kesan yang besardi luar talian.
 Antara aplikasi celik digital adalah seperti Web 2.0, Permesejan segera/IM, dan juga aplikasi dalam talian spt, e- perniagaan, e- kerajaan, e- pembelajaran, portal carian kerja, laman web rangkaian sosial dan juga laman web video sosial.
1) Web 2.0 
 
 Sumber gambar klik di sini
Web 2.0 merupakan generasi kedua internet. Antara alat yang popular dalam web 2.0 adalah FLICKR, ianya salah satu web perkongsian gambar dimana ia membolehkan kita memuat naik gambar,tag gambar, menulis komen dan ianya juga meyediakan privasi kepada gambar-gambar tersebut.
 2) Permesejan segera@ IM 
Sumber gambar klik di sini

 Permesejan segera@ IM pula merupakan kaedah yang sangat digemari remaja kini. Ini kerana hak dan privasi di jaga melalui bilik sembang peribadi dan salah satu cara berkomunikasi yang berkesan.
 
3) Aplikasi Dalam Talian.
3.1)    e-Kerajaan = Dalam usaha mendekati orang awan, kerajaan di banyak negara kini menggunakan portal dalam talian untuk membolehkan orang awam mengakses program dan aktiviti kerajaan. Contohnya : 

1.a)  Bagi memudahkan ibubapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka, Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan portal berikut:

             http://saps.moe.gov.my/access-denied.php -> Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

1.b)   Bagi memudahkan rakyat memohon jawatan kerajaan, Kerajaan Malaysia telah menyediakan portal berikut:

                    http://www.spa.gov.my/Portal/



 3.2   e-Perniagaan

e- Perniagaan bermaksud perusahaan yang berasaskan perniagaan atas talian atau secara online yg mana melibatkan internet.

http://www.sahabatroselle.com/

4) e-Pembelajaran


Ledakan IT meletus dimana-mana sepanjang masa. Tanpa mengira tempat dan waktu, evolusinya seakan-akan tidak terhenti. Mula-mula dari segi telekomunikasi, peralatan audio dan video, komputer dan sebagainya, semuanya mengalami evolusi yang begitu pantas.


Pelbagai aplikasi e-pembelajaran telah dibangunkan berasaskan perisian sumber terbuka. Contoh seperti moodle,sakai,OLAT,Atutor dan pelbagai aplikasi baru yang sentiasa dibangunkan dari masa ke semasa.

Blog yang dibangunkan oleh guru-guru sekolah di Malaysia:

http://ictmunshi.blogspot.com/

 http://cikgumalaysia.blogspot.com/

http://prodtas.blogspot.com/

http://cikgurazak.blogspot.com/

Utusan Malaysia : www.tutor.com.my 
 

5. Portal carian kerja



Portal Carian Kerja membantu memudahkan lagi pekerjaan seharian kita contohnya jobstreet.com membantu memudahkan kita mencari kerja kosong.

 Contoh lain, JobsMalaysia.gov.my menyediakan perkhidmatan PERCUMA kepada pengguna portal. Tiada sebarang bentuk pembayaran atau yuran dikenakan secara langsung atau tidak langsung, di dalam mana-mana permohonan, pendaftaran, atau apa jua keadaan. 

6.   Laman Web Rangkaian Sosial
  • Laman Web Rangkaian Sosial = Laman web yang menyediakan komuniti maya kepada mereka yang mempunyai minat yang sama untuk berkomunikasi dan berkongsi pendapat serta pengetahuan mereka . Contohnya :
          -http://www.facebook.com/?ref=home
          -https://twitter.com/


7. Laman Web Video Sosial 

Laman ini menyediakan akses untuk melihat video yang dimuat naik oleh pengguna di seluruh dunia . Contohnya :
          - http://www.youtube.com/



Keselamatan Internet Klik Bijak@Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Keselamatan Internet Klik Bijak@Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 

Sumber gamabr; klik di sini.

PLKN perkenal submodul baharu

 Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan melaksanakan penambahbaikan modul pembinaan karakter dengan memperkenalkan submodul baharu iaitu Klik Bijak@Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi pertama Januari tahun depan.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, submodul berkenaan dirangka bagi membimbing pelatih menggunakan internet dengan lebih bijak serta beretika.

"Antara isi kandungan modul ini adalah pengenalan terhadap pengunaan internet dan media sosial, penyalahgunaan internet, keselamatan dan etika pengunaan internet," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya, di sini hari ini.



Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) Datuk Dr. Tam Weng Wah.


Abdul Hadi dalam pada itu menambah, sebagai permulaan, sebanyak tujuh kem PLKN di Selangor telah memulakan pengajaran submodul itu dalam sesi latihan yang bermula 15 Ogos lalu.


"Kita mulakan projek rintis submodul ini melibatkan kem di Selangor dahulu dan selepas ini ia akan dilaksanakan di semua kem PLKN seluruh negara dengan melibatkan jurulatih pakar PLKN yang dibantu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," jelasnya.


Menyentuh mengenai kempen yang dilancarkan itu, beliau memberitahu, ia adalah kerjasama antara JLKN dan JKJR dalam meningkatkan kesedaran pelatih terhadap isu berkaitan keselamatan jalan raya.


Tegasnya, bermula Januari tahun depan, setiap kem akan menerima kunjungan sama ada daripada pegawai JKJR atau jurulatih PLKN yang telah dilatih bagi menjayakan kempen tersebut.



Sumber; Utusan Malaysia

 












Jenayah Siber Polis dan Bank Bersatu Tanganinya

Jenayah Siber Polis dan Bank Bersatu Tanganinya



Sumber imej, sila klik di sini.

 Jenayah siber melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada. 

Jenayah siber atau jenayah maya merupakan jenayah yang amat luas bentuknya iaitu meliputi penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian butir-butir peribadi untuk tujuan penipuan pencurian wang, penyebaran fitnah dakyah, propaganda penularan virus. 

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Rapat jurang digital

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Rapat jurang digital




Kami di Felda Lepar Hilir juga mempunyai Pusat Internet 1 Malaysia. Perkhidmatan Kampung tanpa wayar juga  ada di sini. Mari kita ikuti petikan berita Utusan Malaysia berkaitan Pusat Internet 1 Malaysia di Kuala Lipis.




Kuala Lipis: Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang baru dibuka di Kampung Budu, Benta, di sini, mulai April lalu bukan saja memberi kemudahan kepada penduduk, malah mewujudkan komuniti luar bandar yang celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta Datuk Mohd Soffi Abdul Razak berkata, 20 unit komputer disediakan untuk kegunaan pembelajaran dan setiap latihan, aktiviti serta bengkel yang dijalankan diberikan secara percuma kepada peserta berdaftar sebagai ahli PI1M.

Menurutnya, perkhidmatan disediakan adalah Internet jalur lebar berkelajuan tinggi, WiFi, mesin faksimile, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantunya.





“PI1M adalah projek inisiatif Kerajaan BN dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

“Ia sebahagian Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertujuan memberi kemudahan Internet jalur lebar kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas melawat kelas pembelajaran komputer dan Internet untuk golongan dewasa di kampung itu.



Mohd Soffi berkata, projek itu bertepatan dengan keperluan penduduk terhadap perkhidmatan berkenaan kerana teknologi bukan hanya untuk dikecapi masyarakat bandar, malah komuniti luar bandar turut berhak menikmatinya.


“Dengan adanya pusat ini diharapkan dapat membantu komuniti dalam menguruskan aktiviti seharian dan menambahkan ilmu pengetahuan penduduk setempat,” katanya.
Penoreh getah, Johari Mat Denan, 73, berkata, dia berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana memberi peluang penduduk luar bandar menikmati Internet.



“Saya mengetahui mengenai Internet dan faedahnya selepas menonton televisyen, tetapi tidak berpeluang menggunakan Internet kerana tiada komputer.


“Bagaimanapun, PI1M membuka peluang kepada golongan seperti saya untuk menggunakan Internet dan kelas dewasa yang ditawarkan oleh pusat ini mendorong minat saya untuk mempelajari ICT,” katanya.



Pesara, Roslan Md Said, 59, berkata, dia gembira kerana kampung itu terpilih menjadi lokasi PI1M dalam DUN Benta dan secara tidak langsung kampung berkenaan tidak lagi terpinggir daripada menerima pembangunan.











Panduan Keselamatan Kepada Individu Oleh CyberSecurity Malaysia

Panduan Keselamatan Kepada Individu Oleh CyberSecurity Malaysia


Sumber gambar klik di sini.


CyberSecurity Malaysia, (klik di sini sumber artikel ini) turut menggariskan beberapa panduan keselamatan kepada individu seperti:



Individu


  • Berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem pesanan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila tidak pasti. Individu berhak bertanya mengapa dan bagaimana maklumat itu digunakan.
  • Individu perlu melindungi maklumat peribadi. Ia amat berharga.
  • Kenali dengan siapa individu berurusan setiap masa.
  • Menggunakan perisian anti virus, anti spyware dan firewall serta pastikan ia sentiasa dikemas kini.
  • Memastikan sistem operasi dan penyemak imbas laman web ditetapkan dengan betul dan sentiasa dikemas kini.
  • Melindungi kata laluan komputer, e-mel dan laman penting yang selalu dilawati.
  • Membuat sandaran bagi fail yang penting.
  • Kenali siapa perlu dihubungi jika sesuatu berlaku dalam talian.

CABARAN ERA CYBER SELAMATKAH DATA KITA?

CABARAN ERA CYBER SELAMATKAH DATA KITA?

Sumber gambar sila klik di sini.



SEDARKAH kita kehidupan tanpa maklumat, tanpa berita dan tanpa ilmu pengetahuan boleh menjadikan individu umpama hidup pada zaman batu?.



Frasa ini turut merujuk betapa berharganya maklumat yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia apatah lagi ketika kita menuju ke era globalisasi.



Sejak manusia dilahirkan, segala maklumat seperti tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan tarikh kematian menjadi identiti unik seseorang.



Apabila negara dilanda angin teknologi, apa juga yang membabitkan maklumat orang perseorangan atau syarikat, kini diurus mengikut peredaran teknologi dan bukan lagi tercatat di atas kertas, sebaliknya dalam bentuk digital dalam sistem perkomputeran.



Peralihan teknologi ini banyak memberi kesan positif secara keseluruhannya, namun ada juga negatifnya ke atas perkhidmatan organisasi yang turut memberi impak besar kepada orang ramai.


Dari sudut positif, antaranya pembayaran bil yang biasanya diuruskan di kaunter, kini diselesaikan di Internet tanpa anda perlu keluar dari rumah. Negatifnya pula, anda berhadapan dengan risiko maklumat diri yang terdedah kepada anasir jahat untuk dimanipulasi bagi mendapatkan keuntungan.



Oleh itu, kita juga perlu sangsi dan bersedia dengan perubahan negatif yang terhasil akibat penggunaan tanpa henti dan belum ada perisian keselamatan yang mampu menyekat sepenuhnya kecurian data dan perkongsian maklumat.



Ia turut dikaitkan dengan perkembangan virus, malware, kod berniat jahat (malicious), bot jahat atau pelbagai jenis cecacing yang bertindak menggodam komputer untuk mencuri maklumat. Kehilangan maklumat ini turut dikaitkan sebagai kebocoran data yang tidak diketahui pergerakannya.



Kebocoran atau ketirisan data dirujuk sebagai data atau maklumat yang tidak dapat dilihat kehilangannya sama ada dimiliki oleh organisasi atau individu.



Ia adalah masalah hari ini yang perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana membabitkan kecurian maklumat yang dianggap sebagai hak peribadi individu atau organisasi.



Kajian firma penyelidikan, InfoWatch meliputi negara di Asia Pasifik-Jepun dan Amerika Syarikat, mendapati punca kebocoran maklumat adalah berpunca dari perbuatan sabotaj yang kebanyakannya berpunca dari angkara pihak dalaman.



InfoWatch mengesan 185 kebocoran data didaftarkan dalam pangkalan datanya sepanjang enam bulan pertama 2008.



Kehilangan data peribadi dianggap paling tinggi iaitu 95 peratus berbanding kebocoran data yang membabitkan rahsia komersial dan rahsia kerajaan.



Ketirisan data pada 2008 tidak menampakkan sebarang perubahan berbanding tahun sebelumnya. Kehilangan komputer riba dan PDA berada di tangga teratas iaitu sebanyak 31 peratus berbanding kebocoran data menerusi Internet sebanyak 27 peratus.



Pengarah Kanan Pemasaran Produk Symantec Corporation, Mathew Lodge berkata, berdasarkan Laporan Ancaman Keselamatan Internet Symantec XIII (ISTR XIII) bagi Julai hingga Disember 2007, Malaysia antara negara di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan utama jenayah siber dengan berlakunya aktiviti penyebaran kod malicious berbanding negara lain iaitu sebanyak 68 peratus.



"Aktiviti pengiklanan, penukaran, penjualan dan pembelian maklumat pelayar seperti akaun bank, kad kredit, akaun eBay, PayPal dan kata laluan e-mel adalah tujuan penggodam untuk memecah masuk komputer pelayar dengan menggunakan perisian tertentu. Symantec turut melaporkan 499,811 maklumat dicuri dan dijual ke dalam pasaran gelap," katanya.



Menurut Mathew, terdapat kes pekerja yang mengambil kesempatan dengan mencuri segala maklumat syarikat kemudian menjualkannya kepada syarikat pesaing demi memenuhi keuntungan diri sendiri.



Ia membabitkan agensi kerajaan dan swasta yang tersohor di dunia seperti yang dihadapi oleh bank terkemuka Hong Kong yang berlaku tahun ini, membabitkan sejumlah 159,000 transaksi data pemegang akaun dikatakan hilang daripada sistem pelayan bank dan kes itu masih dalam siasatan.



"Sentiasa ada pembaharuan dalam teknologi yang mengubah cara kita berkomunikasi dengan keluarga, rakan dan rakan perniagaan. Pengalaman atas talian meluaskan pengaruh, interaksi sosial dan kerjasama," katanya.



Menurut Mathew, keselamatan maklumat bukan saja dengan cara memastikan ia terlindung daripada sebarang ancaman atau godaman luar malah turut memastikan maklumat itu tidak dicuri keluar dan disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



"Organisasi perlu sentiasa melindungi dan menghadapi risiko kehilangan maklumat di samping mematuhi peraturan luar syarikat dengan dasar dalaman syarikat," katanya.



Menurutnya lagi, organisasi hari ini perlu memberi perhatian kepada Halangan Kehilangan Data (DLP) menerusi beberapa perkara iaitu perkembangan jaringan jalur lebar; tuntutan terhadap undang-undang negara dan Suruhanjaya keselamatan memerangi jenayah kolar putih.



Kes kecurian dan kehilangan data membabitkan badan kerajaan seperti pencerobohan sistem pangkalan data Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggemparkan negara kerana dilihat sistem keselamatan agensi itu tidak kukuh hingga mampu dicerobohi penggodam.



Segala maklumat peminjam yang keseluruhannya adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), dipadam terus daripada pangkalan data PTPTN.



Malahan sindiket yang didalangi penggodam komputer cuba membuat keuntungan melalui iklan khidmat melupuskan data peminjam dengan mengenakan caj RM2,000 yang didakwa mampu menghapuskan data pinjaman sekali gus membebaskan individu itu daripada membayar balik pinjaman.




Turut dikesan perkara yang serupa, penggodam menceroboh Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikatakan menggunakan 'orang dalam' bertujuan memalsukan geran tanah.



Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Husin Haji Jazri berkata, berdasarkan analisis, kecurian data berlaku kepada organisasi atau individu yang dikenalpasti mempunyai maklumat penting dan kebiasaannya membabitkan ancaman dalaman.



"Dari Januari hingga September 2008, sebanyak 1,346 insiden dilaporkan, termasuk 471 insiden pencerobohan siber dan 55 insiden ancaman godaman (hack threat). Bagi 2007, sejumlah 1,038 insiden siber telah dikendalikan berbanding 1,372 insiden pada tahun 2006," katanya.



"Kebanyakan organisasi tidak mempunyai polisi yang lengkap untuk memelihara maklumat daripada diakses mereka yang tidak diberi kuasa. Oleh itu, organisasi sedemikian dinasihatkan agar mengetat dan meningkatkan kawalan keselamatan pentadbiran dengan menyatukan pentadbiran korporat."



"Setiap organisasi seharusnya memiliki polisi maklumat keselamatan dan mentakrif polisi dokumen. Ia dilakukan bermula dengan penilaian terhadap kandungan maklumat, ancaman dan kemusnahannya di bawah kawalan pengurusan atasan," katanya.



Katanya lagi, kehilangan data boleh berlaku disebabkan beberapa aspek kelemahan iaitu secara teknikal, fizikal dan sosial.



Adalah penting bagi organisasi untuk membangunkan dasar keselamatan maklumat dan disokong oleh prosedur yang bersesuaian.



Berdasarkan kepada standard antarabangsa Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2005, terdapat sekurang-kurangnya dua kawalan yang boleh dilaksanakan untuk mengawal keselamatan maklumat dalam sesebuah organisasi.



i) Klasifikasi maklumat adalah perlu apabila ia perlu dipertingkatkan berdasarkan nilai, keperluan undang-undang, sensitiviti dan kepentingan maklumat tersebut.



ii) Maklumat perlu dilabelkan mengikut klasifikasi yang ditentukan. Seterusnya, pengendalian maklumat secara sistematik harus dilaksanakan.




Sumber;

Sumber : Harian Metro 5 November 2008