Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Showing posts with label e-Akses. Show all posts
Showing posts with label e-Akses. Show all posts

Sunday, October 06, 2013

Kemudahan Di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Lepar Hilir

Kemudahan Di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Lepar Hilir



Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Felda Lepar Hilir 1 adalah untuk kemudahan semua penduduk di Felda Lepar Hilir 1,  Felda Lepar Hilir 2, Felda Lepar Hilir  3,  Felda Lepar Hilir  4,  Felda Lepar Hilir 5, Felda Lepar Hilir 6,  Felda Lepar Hilir  7, Felda Lepar Hilir 8, bahkan jua untuk kawasan berhampiran seperti Pekan Gambang.


Kewujudan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Felda Lepar Hilir 1 memberi kemudahan kepada penduduk, malah mewujudkan komuniti luar bandar yang celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Terdapat beberapa buah  unit komputer disediakan untuk kegunaan pembelajaran dan setiap latihan, aktiviti serta bengkel yang dijalankan diberikan secara percuma kepada peserta berdaftar sebagai ahli PI1M.

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dibuka kepada orang ramai dengan yuran keahlian sebanyak RM5 untuk sepanjang hidup. 

Wednesday, October 02, 2013

Blog Pendidikan Oleh Guru Kurang Upaya Pahang

Blog Pendidikan Oleh Guru Kurang Upaya Pahang


Contoh blog e-pembelajaran halatuju kerjaya dan kaunseling online, print screen blog sila klik di sini

Orang Kelainan Upaya atau Orang Kurang Upaya di Malaysia didapati ada mempunyai blog mereka sendiri. Ini belum lagi groups OKU yang dibangunkan oleh golongan OKU sendiri untuk saling bertukar fikiran, pengalaman dan pandangan. Perkembangan positif ini adalah sejajar dengan e-Akses yang mana kerajaan mahu memberikan peluang yang saksama untuk Golongan Kurang Upaya di penglibatan elektronik di kalangan OKU.

Di sini saya ingin beri contoh beberapa blog yang dibangunkan oleh Golongan Kurang Upaya dari kalangan warga pendidik di Negeri Pahang Darul Makmur. Jika ada pelayar blog saya yang ingin memeberikan maklumat tambahan silakan lah ya.

1) Blog Cikgu Mohd Huzairie.

Contoh blog Tokoh Guru OKU Pahang 2010, print screen blog sila klik di sini

Beliau mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Jabor Kuantan Pahang dari tahun 2002 hingga 2005.Sekarang mengajar di Sekolah Kebangsaan Mempaga 02.Antara kejayaan yang di capai sepanjang menjadi guru ialah Anugerah Khas sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri pada tahun 2005,Anugerah Perkidmatan Cemerlang pada tahun 2008 dan Anugerah Tokoh Guru Inovatif Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009. Blog Cikgu Mohd Huzairie, klik di sini


Sunday, September 29, 2013

e-Akses itu apa ye?

e-Akses itu apa ye?


 Sumber gambar sila ke sini.

e-Akses menyentuh tentang memahami keistimewaan menggunakan maklumat elektronik serta hak terhadap akses yang saksama, selamat dan boleh dipercayai Terdapat beberapa cara untuk mengakses internet . Setiap cara mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendir.

 Semakin tinggi dan cepat kita mengakses maklumat, semakin senang mendapat maklumat dan memperlihat betapa majunya negara kita. 

 Di Malaysia terdapat banyak cara kita mengakses internet 

1) Modem

Contoh modem internet. Sumber gambar klik di sini.



Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Rapat jurang digital

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Rapat jurang digital




Kami di Felda Lepar Hilir juga mempunyai Pusat Internet 1 Malaysia. Perkhidmatan Kampung tanpa wayar juga  ada di sini. Mari kita ikuti petikan berita Utusan Malaysia berkaitan Pusat Internet 1 Malaysia di Kuala Lipis.




Kuala Lipis: Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang baru dibuka di Kampung Budu, Benta, di sini, mulai April lalu bukan saja memberi kemudahan kepada penduduk, malah mewujudkan komuniti luar bandar yang celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta Datuk Mohd Soffi Abdul Razak berkata, 20 unit komputer disediakan untuk kegunaan pembelajaran dan setiap latihan, aktiviti serta bengkel yang dijalankan diberikan secara percuma kepada peserta berdaftar sebagai ahli PI1M.

Menurutnya, perkhidmatan disediakan adalah Internet jalur lebar berkelajuan tinggi, WiFi, mesin faksimile, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantunya.





“PI1M adalah projek inisiatif Kerajaan BN dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

“Ia sebahagian Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertujuan memberi kemudahan Internet jalur lebar kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas melawat kelas pembelajaran komputer dan Internet untuk golongan dewasa di kampung itu.



Mohd Soffi berkata, projek itu bertepatan dengan keperluan penduduk terhadap perkhidmatan berkenaan kerana teknologi bukan hanya untuk dikecapi masyarakat bandar, malah komuniti luar bandar turut berhak menikmatinya.


“Dengan adanya pusat ini diharapkan dapat membantu komuniti dalam menguruskan aktiviti seharian dan menambahkan ilmu pengetahuan penduduk setempat,” katanya.
Penoreh getah, Johari Mat Denan, 73, berkata, dia berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana memberi peluang penduduk luar bandar menikmati Internet.



“Saya mengetahui mengenai Internet dan faedahnya selepas menonton televisyen, tetapi tidak berpeluang menggunakan Internet kerana tiada komputer.


“Bagaimanapun, PI1M membuka peluang kepada golongan seperti saya untuk menggunakan Internet dan kelas dewasa yang ditawarkan oleh pusat ini mendorong minat saya untuk mempelajari ICT,” katanya.



Pesara, Roslan Md Said, 59, berkata, dia gembira kerana kampung itu terpilih menjadi lokasi PI1M dalam DUN Benta dan secara tidak langsung kampung berkenaan tidak lagi terpinggir daripada menerima pembangunan.