Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Sunday, September 29, 2013

e-Akses itu apa ye?

e-Akses itu apa ye?


 Sumber gambar sila ke sini.

e-Akses menyentuh tentang memahami keistimewaan menggunakan maklumat elektronik serta hak terhadap akses yang saksama, selamat dan boleh dipercayai Terdapat beberapa cara untuk mengakses internet . Setiap cara mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendir.

 Semakin tinggi dan cepat kita mengakses maklumat, semakin senang mendapat maklumat dan memperlihat betapa majunya negara kita. 

 Di Malaysia terdapat banyak cara kita mengakses internet 

1) Modem

Contoh modem internet. Sumber gambar klik di sini.







Contoh Prepaid Internet Starter Pack yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi
 di Malaysia, sumber gambar sila klik di sini.

2) Pewujudan Pusat Internet 1Malaysia


Contohnya Pusat Internet 1Malaysia Lepar Hilir di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan.  Sumber gambar caknacyber.blogspot.com




MEMUPUK SIKAP POSITIF TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI
-Menghargai kemudahan digital
-Bertanggungjawab apabila berkongsi pengetahua.

PELUANG PENGLIBATAN ELEKTRONIK YANG SAKSAMA UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA
-Kurang upaya pendengaran atau pekak-dengan memasukkan bentuk visual alam semua maklumat auditori.

 Ini sejajar dengan Dasar Orang Kurang Upaya:


Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

Definisi

OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Pernyataan Dasar

Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.

Objektif Dasar

Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:
1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
2. Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah undang-undang negara.
3. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya dan.
4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.

Boleh layari web berikut bagi pemohon kerja OKU:

PENGAJARAN DAN IKTIBAR:
-Mengakses internet adalah satu keistimewaan.
Sesungguhnya  tidak semua orang mempunyai peluang untuk memperolehinya.
Sebaliknya, mereka juga mempunyai hak untuk menikmati akses tersebut.

0 comments:

Post a Comment