Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Thursday, October 03, 2013

Email Palsu Bank Hati-hati ya

Email Palsu Bank Hati-hati ya



 Sumber kedua-dua  gambar dari blog ini sendiri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Print screen di atas adalah beberapa email palsu yang pernah admin terima. Jadi berhati-hati lah kita ya sebagai pengguna internet.

Wednesday, October 02, 2013

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir 2013

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir 2013



 Kedua-dua gambar adalah milik admin caknacyber.blogspot.com

Kebaikan jalur lebar memberi manfaat kepada saluran Internet yang mampu memperkasakan masyarakat berilmu selain menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication Technologies (ICT) sebagai pemangkin minda negara. Internet menjadi komponen utama dalam kehidupan seharian dan penggunaannya akan bertambah pada masa akan datang. 


Blog Pendidikan Oleh Guru Kurang Upaya Pahang

Blog Pendidikan Oleh Guru Kurang Upaya Pahang


Contoh blog e-pembelajaran halatuju kerjaya dan kaunseling online, print screen blog sila klik di sini

Orang Kelainan Upaya atau Orang Kurang Upaya di Malaysia didapati ada mempunyai blog mereka sendiri. Ini belum lagi groups OKU yang dibangunkan oleh golongan OKU sendiri untuk saling bertukar fikiran, pengalaman dan pandangan. Perkembangan positif ini adalah sejajar dengan e-Akses yang mana kerajaan mahu memberikan peluang yang saksama untuk Golongan Kurang Upaya di penglibatan elektronik di kalangan OKU.

Di sini saya ingin beri contoh beberapa blog yang dibangunkan oleh Golongan Kurang Upaya dari kalangan warga pendidik di Negeri Pahang Darul Makmur. Jika ada pelayar blog saya yang ingin memeberikan maklumat tambahan silakan lah ya.

1) Blog Cikgu Mohd Huzairie.

Contoh blog Tokoh Guru OKU Pahang 2010, print screen blog sila klik di sini

Beliau mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Jabor Kuantan Pahang dari tahun 2002 hingga 2005.Sekarang mengajar di Sekolah Kebangsaan Mempaga 02.Antara kejayaan yang di capai sepanjang menjadi guru ialah Anugerah Khas sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri pada tahun 2005,Anugerah Perkidmatan Cemerlang pada tahun 2008 dan Anugerah Tokoh Guru Inovatif Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009. Blog Cikgu Mohd Huzairie, klik di sini


Teknologi ICT Untuk OKU Penglihatan di Malaysia

Teknologi ICT Untuk OKU Penglihatan di Malaysia





Sumber imej, National Assocatioan Blind People, sila klik di sini.

Pernahkah anda melihat OKU? Pasti anda pernah melihat OKU di sekeliling anda, kan? :).  Ini kerana OKU ada pelbagai kategori. 

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat di negara kita. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

 Dasar Orang Kurang Upaya  Jabatan Kebajikan Malaysia pada bahagian Aksesibiliti ialah untuk Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Orang kurang upaya yang cacat penglihatan kini telah boleh menggunakan komputer dengan bantuan perisian screen reader. Diantara perisan didalam katogeri screen reader yang popular adalah dinamakan JAWS.