Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Sunday, September 29, 2013

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Rapat jurang digital

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Rapat jurang digital




Kami di Felda Lepar Hilir juga mempunyai Pusat Internet 1 Malaysia. Perkhidmatan Kampung tanpa wayar juga  ada di sini. Mari kita ikuti petikan berita Utusan Malaysia berkaitan Pusat Internet 1 Malaysia di Kuala Lipis.




Kuala Lipis: Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang baru dibuka di Kampung Budu, Benta, di sini, mulai April lalu bukan saja memberi kemudahan kepada penduduk, malah mewujudkan komuniti luar bandar yang celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta Datuk Mohd Soffi Abdul Razak berkata, 20 unit komputer disediakan untuk kegunaan pembelajaran dan setiap latihan, aktiviti serta bengkel yang dijalankan diberikan secara percuma kepada peserta berdaftar sebagai ahli PI1M.

Menurutnya, perkhidmatan disediakan adalah Internet jalur lebar berkelajuan tinggi, WiFi, mesin faksimile, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantunya.





“PI1M adalah projek inisiatif Kerajaan BN dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

“Ia sebahagian Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertujuan memberi kemudahan Internet jalur lebar kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas melawat kelas pembelajaran komputer dan Internet untuk golongan dewasa di kampung itu.



Mohd Soffi berkata, projek itu bertepatan dengan keperluan penduduk terhadap perkhidmatan berkenaan kerana teknologi bukan hanya untuk dikecapi masyarakat bandar, malah komuniti luar bandar turut berhak menikmatinya.


“Dengan adanya pusat ini diharapkan dapat membantu komuniti dalam menguruskan aktiviti seharian dan menambahkan ilmu pengetahuan penduduk setempat,” katanya.
Penoreh getah, Johari Mat Denan, 73, berkata, dia berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana memberi peluang penduduk luar bandar menikmati Internet.



“Saya mengetahui mengenai Internet dan faedahnya selepas menonton televisyen, tetapi tidak berpeluang menggunakan Internet kerana tiada komputer.


“Bagaimanapun, PI1M membuka peluang kepada golongan seperti saya untuk menggunakan Internet dan kelas dewasa yang ditawarkan oleh pusat ini mendorong minat saya untuk mempelajari ICT,” katanya.



Pesara, Roslan Md Said, 59, berkata, dia gembira kerana kampung itu terpilih menjadi lokasi PI1M dalam DUN Benta dan secara tidak langsung kampung berkenaan tidak lagi terpinggir daripada menerima pembangunan.











0 comments:

Post a Comment