Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Sunday, September 29, 2013

Jenayah Siber Polis dan Bank Bersatu Tanganinya

Jenayah Siber Polis dan Bank Bersatu Tanganinya



Sumber imej, sila klik di sini.

 Jenayah siber melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada. 

Jenayah siber atau jenayah maya merupakan jenayah yang amat luas bentuknya iaitu meliputi penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian butir-butir peribadi untuk tujuan penipuan pencurian wang, penyebaran fitnah dakyah, propaganda penularan virus. 

 


Berikut ialah petikan berita berkaitan usaha pihak Polis dan Bank tempatan dalam menangani Jenayah Siber.

Polis, 51 bank bergabung kekang jenayah siber - Bernama

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan 51 buah bank tempatan bagi mengekang jenayah siber atau perbankan internet yang mengakibatkan kerugian lebih RM95 juta tahun lalu.


 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar), berkata PDRM menyediakan sebuah portal mengenai tip dan modus operandi penipuan siber yang akan dipautkan dengan laman web bank terbabit bagi mewujudkan kesedaran kepada pengguna berhubung bahaya jenayah siber dan mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa jenayah online.
"Kita menyediakan amaran jenayah atau penipuan yang akan memuat naik 'the link' iaitu modus operandi di dalam portal kita dan setiap bank itu perlu menghubungkan pautan ini melalui laman web mereka dengan portal PDRM," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kolaborasi strategik PDRM bersama Persatuan Bank-bank Malaysia di Bukit Aman, semalam.
Kolaborasi di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 7 itu melibatkan kerjasama antara Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Bank Islam Malaysia (IBIM), merangkumi 27 bank di bawah ABM dan 24 bank di bawah IBIM.
Khalid berkata, kerjasama itu diadakan berikutan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mendedahkan nilai kerugian keseluruhan kes penipuan siber dalam tempoh tujuh bulan tahun ini adalah lebih RM80 juta.
"Ini baru tujuh bulan pertama tahun ini. Tahun lalu, kerugian dicatat lebih RM98 juta. Ini agak membimbangkan kita," katanya, sambil menambah antara kes penipuan itu melibatkan SMS/panggilan, perbankan internet, godam dan pembelian barangan.
Khalid berkata, laporan menunjukkan masih ramai lagi masyarakat yang mudah ditipu selepas berkenalan dengan seseorang yang baharu dikenali menerusi laman sosial dan dengan mudahnya memasukkan wang ke dalam akaun mereka.
"Ini termasuk kes menang hadiah. Kalau menang hadiah kenapa kena keluarkan duit pula. Saya percaya siri kesedaran dan pendidikan secara berterusan mampu mengekang kejadian ini, termasuk kerjasama dengan pihak berkenaan," katanya.
Katanya, kerjasama dengan institusi kewangan ini bukan sesuatu yang baharu kerana perbincangan berkala diadakan empat kali setahun.
Khalid berkata, perbincangan itu lebih menjurus kepada pertukaran maklumat demi kebaikan bersama sambil meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan siber supaya tampil membuat laporan polis. -  

Sumber; Bernama, 10 September, 2013.














0 comments:

Post a Comment