Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Saturday, September 28, 2013

Bahayanya Ancaman penjenayah siber

Bahayanya Ancaman penjenayah siber 

Sumber gambar klik di sini



Sumber gambar:

Sumber; Berita Harian

Dari kiri; Tang Ruxyn, Sheahnee, Nazrudin dan Kent.

'Trend Family' pupuk kesedaran membina komuniti digital selamat, bertanggungjawab
Kemajuan teknologi maklumat adalah pemacu kecemerlangan pada masa depan sekiranya ia digunakan dengan bijak dan betul. Banyak kebaikan dan keburukan daripada penggunaan dalam alam maya itu. 


Bagi yang tidak memahami, kurang pengetahuan dan lalai ketika melayari internet mereka mudah terdedah kepada jenayah siber.

Saya percaya ibu bapa perlu lindungi dan mencegah kanak-kanak daripada penyalahgunaan internet." Nazrudin Habibur Rahman, Personaliti TV

Justeru sebagai langkah membendung sebarang jenayah siber, syarikat perisian keselamatan, Trend Micro Incorporated, melancarkan inisiatif kemasyarakatan keselamatan Internet, - ‘Trend Family’, bertujuan mendidik keluarga, belia dan kanak-kanak di Malaysia untuk melindungi kehidupan digital mereka.

Sejajar dengan agenda kebangsaan untuk mempromosi keselamatan siber dan amalan selamat dalam alam maya, Trend Micro, bekerjasama dengan Cyber Security Malaysia (CSM) dan International Telecommunications Union’s International Multilateral Partnership Against Cyber Threats (ITU-IMPACT) untuk mendekati rakyat mewujudkan pengalaman digital lebih selamat.

Usaha itu turut disertai personaliti televisyen, Nazrudin Habibur Rahman atau Naz bersama isterinya, Sheahnee Iman Lee. Mereka bersama membina ‘Trend Family’ yang turut disertai ‘anak maya’ yang diwakili Kent Tan dan Tang Ruxyn.

Pengarah Urusan Rantau Asia Tenggara Trend Micro, Goh Chee Hoh, berkata rangkaian sosial, kedai aplikasi mudah alih, laman web popular, muat turun permainan dan penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) yang menjadi kegilaan anak muda, menghabiskan masa dalam talian, tidak sepenuhnya bebas daripada jenayah siber.
Katanya penggodam, spam dan pencuri identiti dan pelbagai penjenayah siber lain, dilaporkan semakin mengancam kehidupan digital individu. Dengan peningkatan jumlah pelbagai jenis pautan sekali gus menyebabkan ancaman semakin luas.

“Kita perlu bertindak sekarang dan membina generasi digital yang lebih bertanggungjawab. Kami berharap semua pihak meliputi keluarga, belia dan golongan muda memahami dan sedar mengenai keselamatan siber,” katanya.

Keluarga maya

‘Trend Family’ adalah sebuah keluarga maya terdiri daripada kehidupan sebenar rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman peribadi di siber yang berkongsi panduan mengenai perlindungan kehidupan digital peribadi, ahli keluarga menerusi perkongsian acara dan seminar sama ada dalam bentuk artikel, blog dan media sosial.

Naz, bertindak sebagai ‘bapa’ dalam ‘Trend Family’. Dia akan memberi tumpuan kepada isu perkongsian berhubung keselamatan di internet secara umum dan mendidik orang ramai mengenai kesedaran ancaman dalam bidang digital.

Naz berkata, teknologi maklumat dan internet mengubah cara individu melihat dan berinteraksi antara satu sama lain. Sama ada blog, bilik bual atau media sosial, kadangkala ia menjadi platform atas niat buruk individu tidak bertanggungjawab.

“Sebagai bapa saya percaya anak akan membesar dalam persekitaran digital dan saya percaya ibu bapa perlu melindungi dan mencegah kanak-kanak daripada penyalahgunaan internet. Kesedaran ini perlu wujud dalam diri ibu bapa mengenai bahaya dalam media sosial dan bagaimana kita mengawal serta melindungi dengan cabaran berkenaan,” katanya.

Sheahnee pula mencerminkan tabiat dalam talian wanita di Malaysia. Dia akan mengetengahkan isu berkaitan keselamatan ketika membeli-belah di internet, panduan dan jika menjadi usahawan menerusi perniagaan mereka perlu berhati-hati ketika melakukan urusan dalam talian.

Katanya, sebagai seorang ahli perniagaan yang aktif menjalankan perniagaan dalam talian mustahak mereka mengikuti memahami dan mendapatkan maklumat terkini berhubung dunia digital.

“Amat mustahak peniaga seperti saya mengekalkan kepercayaan dan melindungi portal perniagaan daripada dicerobohi penjenayah siber. Saya memberikan persekitaran dan pengalaman selamat untuk semua pelanggan saya,” katanya.

Turut menyertai Naz dan Sheahnee dalam ‘Trend Family’ ialah ‘anak-anak’ yang diwakili oleh pelajar Institusi Pengajian Tinggi, (IPT) Kent Tan dan Tang Ruxyn, masing-masing 21.

Program yang julung kali diadakan, Trend Micro akan membiayai RM25,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan St John, Kuala Lumpur untuk membantu membaik pulih makmal komputer sekolah berkenaan.

Kerjasama pintar

Kerjasama antara Trend Micro dengan CSM dan ITU-IMPACT sepanjang tahun dalam pelbagai aktiviti untuk mendidik rakyat mengenai penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab menerusi siri ceramah dan perbincangan mengenai jenayah siber pengurangan serta membina generasi digital cermat dalam Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Dr Amirudin Abdul Wahab, berkata ke arah pendigitalan, kesedaran mendalam dan pendidikan generasi masa depan perlu didedahkan kepada isu berkaitan dunia siber.

“Bilangan kes jenayah siber dicatatkan di Malaysia semakin meningkat dan usaha seperti ‘Trend Family’ boleh mengubah senario dan membantu membangunkan generasi pengguna internet selamat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat bagi Dasar dan Kerjasama Antarabangsa di ITU -IMPACT, Philip Victor, berkata pihaknya di ITU-IMPACT sentiasa mencari peluang dan mengalu-alukan organisasi seperti Micro Trend menjayakan program sedemikian.

‘Trend Family’ boleh dilayari di https://www.facebook.com/TrendMicroMY


Sumber; Berita Harian













0 comments:

Post a Comment