Pages

Ads 468x60px

e-Keselamatan

Layari Internet Dengan Bijaksana

PI1M Gambang

Pusat Internet 1 Malaysia Lepar Hilir Gambang

Email Palsu Bank

Hati-hati dengan email palsu fraud bank

Program Klik Dengan Bijak di Lepar Hilir

Jadilah Pelayar Internet Beretika

Sunday, September 29, 2013

Contoh Portal Pembelajaran Online Guru.Net

Contoh Portal Pembelajaran Online Guru.Net

Sumber gambar sila klik Guru.net.my


Terkini...Bermula 2012,
Membantu Pelajar Mencapai Keputusan Cemerlang Portal Guru.net
Selamat datang ke Guru.net.my 2012! Portal Guru.net dibangunkan dengan satu matlamat untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan. Laman web ini mengaplikasikan teknologi yang terbaik bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan. 

Melalui portal ini, http://guru.net.my/  pelajar boleh mencuba menjawab kertas-kertas peperiksaan seiras, membuat rujukan maya, mengulangkaji menggunakan e-nota dan mempelajari sesuatu menggunakan pembelajaran multimedia. Semuanya boleh dicapai hanya melalui satu portal!







Bagi tahun 2012, kami menawarkan satu daripada kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris secara maya yang terbaik di dunia menggunakan perisian daripada Australia untuk membantu anda meningkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris anda.




 Sejarah Awal Cikgu.Net

Cikgu.Net (disebut Cikgu dot Net) merupakan portal pendidikan yang pertama sekali dilancarkan dinegara kita pada bulan Mac 2000. Dengan isi kandungan yang berbahasa Melayu, ia berjaya menarik ribuan pengguna yang mendaftar dengannya, dianggarkan sekurang-kurangnya lebih 120 ribu pengunjung telah pun melawat portal tersebut.

 Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraannya, kesesuaiannya dengan iklim pendidikan tempatan serta aktiviti kokurikulum dapat diselaraskan.



Dengan disokong kuat oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Pearson Education Malaysia, DBP serta beberapa lagi organisasi besar, sumbangan Cikgu Net terhadap pendidikan negara sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Begitu juga dengan Portal Pendidikan Utusan yang mendapat sambutan hangat ketika mula-mula dilancarkan.



Secara amnya, pembelajaran jarak jauh secara maya lebih popular dinegara kita terutamanay bagi kolej-kolej dan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan usahasama dengan universiti luar negeri dengan menawarkan program ijazah sarjana muda dan lepasan ijazah.



Antaranya ialah seperti Hartford Management Centre Sdn Bhd menawarkan program peringkat sarjana dengan usahasama University Of Newcastle, Australia, TL Management Centre Sdn Bhd yang menawarkan program ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan usahasama Preston University, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Universiti maya tunggal tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya sepenuhnya ialah Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Sektor swasta dilihat sebagai lebih mengeksplorisasi penggunaan e-learning.







0 comments:

Post a Comment