Awas Jangan Kongsi Kata Laluan Anda
Aduhai, pernahkah kita berkongsi nombor pin atau kata laluan apa sahaja akses peribadi kita? So kalau ada sikap sebegini janganlah diamalkan lagi lah ye.
Sikap suka berkongsi nombor pin dan kata laluan bersama
pasangan dilihat penyebab utama berlaku jenayah siber membabitkan
pemilik kad ATM, telefon bimbit, komputer, e-mel dan laman sosial.
Kebanyakan kes yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) membabitkan pasangan suami isteri atau
kekasih dan bila hubungan berkenaan berdepan masalah, seorang daripada
mereka bertindak di luar batasan untuk membalas dendam.Mari kita ikuti berita di bawah ini:
Kongsi kata laluan punca utama jenayah siber
Pengerusi CyberSecurity Malaysia & Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Pasukan Respons Kecemasan Komputer Islam (OIC CERT), Jenaral Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berucap pada perbincangan Cybersecurity Asia 2013 di Kuala Lumpur.. - Foto Khairull Azry Bidin
Kuala Lumpur: Sikap suka berkongsi nombor pin dan kata laluan bersama
pasangan dilihat penyebab utama berlaku jenayah siber membabitkan
pemilik kad ATM, telefon bimbit, komputer, e-mel dan laman sosial.
Kebanyakan kes yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) membabitkan pasangan suami isteri atau
kekasih dan bila hubungan berkenaan berdepan masalah, seorang daripada
mereka bertindak di luar batasan untuk membalas dendam.
Tak wajar kongsi nombor pin
Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Keselamatan Digital (Bahagian Pengawasan dan Keselamatan Rangkaian) SKMM, Rafidah Mat Isa, berkata kebanyakan mangsa sedar perbuatan mereka berkongsi nombor pin dan kata laluan adalah tidak wajar, namun sering bersikap sambil lewa.
“Mereka secara sukarela berkongsi nombor pin atau kata laluan, tidak sedar perbuatan itu akhirnya akan membawa padah sekiranya perhubungan mereka, tidak kira suami isteri atau pasangan kekasih, berdepan masalah pada masa depan.
“Ramai tidak sedar kesan perbuatan itu kerana mereka sering berfikir jenayah tidak akan berlaku ke atas mereka,” katanya selepas membentang kertas kerja pada perbincangan bertema ‘Cybercrime Effectiveness, Are We There?’ pada Pameran Cybersecurity Asia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
Rafidah berkata, siasatan akan dilakukan sejurus menerima aduan daripada mangsa sebelum kes dibawa ke mahkamah atas persetujuan pejabat Peguam Negara, namun ada juga kes yang berjaya diselesaikan melalui rundingan.
Sumber; Berita Harian,2013/09/12
0 comments:
Post a Comment